Petua Tangani Stress Di Rumah



Terkadang sabar kita diuji dengan kenakalan anak-anak kecil yang ghairah meneroka alam kanak-kanaknya menuju alam yang lebih matang. Sewajarnya kitalah yang patut mencontohi kesungguhan mereka dalam menerokai alamnya. Kita jualah yang patut memandu arah mereka dalam penerokaan mereka yang sangat bermakna dan menatijahkan sesuatu pelajaran dalam bentuk pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan akad jual beli.

1. Ubah Paradigma

Seharusnya kita wajib mensyukuri kerana kita ini dikurniakan anak-anak sebagai penyejuk mata. Mereka ibarat bunga dalam rumahtangga, gelak tawa mereka menjadi penawar hati yang lara dan gulana. Kebiasaannya anak-anak yang nakal dan aktif di usia kecilnya bakal menggegarkan dunia dengan menjadi hamba Allah yang hebat dan bijaksana, insyaAllah dengan berbekalkan guru dan qudwah yang terbaik di sekitaran kehidupannya.

2. Amalan Yang Tidak Patut Ditinggalkan

Amalan membaca fatihah iaitu ubat segala penyakit, ayatul Kursi penawar dalam menghalau syaitan (Ummu Syibyan) dan Al-Insyirah ubat bagi penerang hati dan mudah mendengar arahan. Sebaiknya seawal usia 2 tahun lagi anak-anak ini sudah boleh dilatih untuk menghafal ayat-ayat Allah ini. Keranaa seawal usia ini mereka sebenarnya sudah boleh menyimpan memori dengan baik dan sangat berkesan!

3. Jaga Diet

Pemakanan juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah dan peribadi seseorang. Baik yang dimakan, maka baiklah juga darah dan daging yang terbentuk hasil daripada makanan yang dimakan tadi. Elakkan daripada memberikan mereka makanan yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna kerana ini akan menjadikan mereka lemah dan lama-kelamaan merosakkan proses tumbesaran mereka. Sesetengah bahan makanan dan minuman juga telah terbukti boleh menjadikan kanak-kanak hiperaktif seperti makanan ringan, minuman milo, minuman bergas yang banyak mengandungi kandungan gula dan pewarna.

4. Beriadah

Sekiranya tenaga kanak-kanak tersebut didapati berlebihan (masih kekal aktif yang melampau), bawalah anak-anak ke padang, taman permainan, aktiviti mengejar biawak ke.... untuk mereka membakar tenaga mereka dengan cara yang sihat. 

5. Faktor Warna

Seandainya anak-anak kelihatan hiperaktif, elakkan daripada memakai pakaian yang berwarna terang seperti merah dan oren. Begitu juga halnya dengan penentuan cat dinding dalam rumah, elakkan daripada menggunakan cat berwarna terang untuk mengelakkan kesan anak nakal ketika berada di rumah yang kadangkala sukar untuk ditangani.





Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE