Berlindung Di Tabir Polos


Cinta itu buta? Ya, memang ia buta kerana ia adalah makhluk yang sifatnya tidak sempurna..malah cinta itu boleh membutakan dan menulikan apatah lagi membabaskan manusia yang sifatnya alpa dan lupa. Bila membaca tazkirah Ustaz Hasrizal (Abu Saif - Saifulislam.com)  mengenai teori evolusi cinta, benarlah ia bagaikan "pelempang" bagi kaum yang bijak menggunakan kata-kata untuk membenarkan apa yang diperkatakan dan diperlakukannya.Terutama bagi cinta akhi dan ukhti, ana dan anta..yang berselindung di balik kopiah dan jubahnya..Pastinya cinta I dan You, sayang dan darling, saya dan awak kebanyakkannya memang dah tersoreh dan tersuluh..kategori ini adalah monyet yang nyata yang berselindung di balik kelibat manusia di dunia bunganya...

Apalah gunanya menuturkan tazkirah dan ayat-ayat Allah, mengajak manusia ke jalan makruf, mempengerusikan mesyuarat tarbiyah dan dakwah andainya pukul 6.30 pagi selepas solat subuh mengalunkan ayat-ayat Allah di corong telefon bersama tunang? Yang kononnya bertadarus...? Apa guna kawan-kawan sebilik dan serumah yang sama sefikrah dan tidak buta Al-Quran yang hanya dicongokkan dan ditunggulkan daripada diajak mengaji bersama? Apa motif sebenar waktu itu? Menunjukkan kepada tunang, yang kamu pandai mengaji, suara sedap serak-serak basah di awal pagi? Mendapatkan motivasi pagi? Menunjukkan bahawa kamu sudah dipunyai? Atau untuk menyuburkan tarbiyyah di dalam percintaan kamu...?


  

Belum lagi perilaku bercakap melalui telefon berjam-jam lamanya di tengah-tengah malam sambil berbaring, bergelak dan berketawa sopan..Percintaan jenis kaum ini sememangnya amat jarang berjumpa berdua-duaan kecuali berteman kerana masih lagi mempunyai malu bila berhadapan, namun permasalahannya mereka tidak ditemani apabila mereka dihubungkan dengan teknologi yang sudah pasti syaitan dan iblis itulah temannya yang paling akrab menaburkan gula dan bunga ke dalam hati dan perasaan mereka sewaktu berdua-duaan melalui teknologi maya ini...


Ingat lagi istilah Ustaz Anwar Ridhuan iaitu "tenetation" (bertenet-tenet), sembang lama-lama...nanti lepas kahwin dah tak ada modal nak sembang apa...jadilah suasana suram dan muram selepas dihalalkan untuk "tenetation"...Itulah bahana CINTA...lebih parah dan bernanah apabila CINTA itu diselindungkan di sebalik nama abang dan kakak yang disegani, ustaz dan ustazah yang menjadi rujukan mad'u. Andai rasa tidak mampu menahan bahana cinta, hanya KAHWIN sahaja jalan paling terbaik untuk menyelesaikan masalah hati ini....


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE