Cikgu SMK Cyberjaya


Semalam sempat jumpa anak murid kepada Cikgu Siti Norbayah di surau. Amirul Bin Ali Asak namanya. Saya bertanya, "Esok sukan sekolah ya?" Dia menjawab, "Ya, saya rumah biru. Cikgu Siti pun rumah biru juga..." sambil tersenyum. "Oh ya?...semoga menang rumah biru!!!" ucapku memberikan semangat!! Dia pun mengucapkan, "Terima kasih kak!!" sambil tersenyum. Waktu itu itu azan Isya' pun berkumandang.

Budak-budak surau di Surau Al-Islah Kg. Sg. Merab ini, saya kira ada keistimewaannya. Mereka sangat rajin mengikut ayah mereka solat berjamaah di surau terutamanya waktu Maghrib dan Isya'. Apabila tiba malam Jumaat, rutin di kampung ini adalah ahli qaryah akan bergilir-gilir setiap minggu membaca yasin dan membawa hajat masing-masing. Setelah itu, akan diadakan jamuan antara Maghrib dan Isya'. Dan budak-budak surau inilah yang akan menghidang, mengemas dan membasuh pinggan bergotong-royong kepada jemaah yang datang ketika jamuan tersebut. Mereka berumur antara 9 hingga 18 tahun. Namun adalah imbuhan yang ahli jawatankuasa surau berikan kepada mereka untuk menyuntik istiqamah mereka. 


Oh ya,  berkenaan cikgu Cyberjaya yang ada menempah t-shirt dan masih belum dapat, berbanyak-banyak maaf saya dapat sampaikan kerana terdapat masalah teknikal di peringkat pengeluar. Kasihan, semangat mereka yang berkobar-kobar untuk sukan sekolah hari ini dengan memakai t-shirt baru..tidak kesampaian.




Namun tidak mengapa, t-shirt tersebut amat fleksibel dan praktikal dipakai bukan sahaja untuk sukan sekolah,namun untuk beriadah, berkayak, aktiviti ko-kurikulum, berbasikal, main bowling, pergi bersiar-siar di taman dan di luar rumah, membeli-belah di "shopping complex" mahupun ke pasar membeli sayur dan ikan, apatah lagi berkebun di halaman atau di belakang rumah!!!!! Memperkasa produk ummah....


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE