Istimewa Jiran Rumah No. 9


Kak Zan, itulah panggilan mesranya. 

"Assalamualaikum....Yuzi, ni ada sikit lauk.." muncul dia di pintu belakang rumahku sewaktu aku sedang ketang-ketung melagakan sudip dengan kuali di atas dapur.
"Oh...Kak Zan, terima kasih ya..." ucapku senyum lebar...


Aroma masak lemak kuning rebung dengan ikan tenggiri menusuk rongga hidungku...Wah, sedapnya. Baru bau dah sesedap ini, belum lagi rasanya!
Kebetulan hubby balik untuk makan tengah hari...Alhamdulillah...Tak silap sangkaanku..memang sedapppp!!!!! 

Sepanjang kami makan bersama, tak putus-putus pujian kami berikan kepada Kak Zan. Patutlah suaminya hari-hari berulang dari pejabatnya untuk makan tengah hari di rumah....Itulah kelebihan Kak Zan. Masakannya  memang sedap, belum penah kurasa masakan sesedap ini...

Kerap juga kami bertukar-tukar juadah makanan tengah hari. Kadang-kadang segan juga aku nak bagi Kak Zan rasa apa yg aku masak, tapi dah mangkuk milik dia wajib dipulangkan...takkan nak pulangkan mangkuk kosong?...Setiap kali aku nak pulangkan mangkuk dia, puas juga aku memikirkan menu apa yang aku nak masak! Jam dinding pukul sepuluh sahaja, aku terus membelek-belek koleksi Majalah RASA di rak buku. Apa yang 'special' aku nak masak hari ni??


Tiba bulan Ramadhan tahun lepas, kebetulan aku tengah diserang mabuk kepayang...he..he..mabuk disebabkan ada orang baru!!!! Hai, bila dah mabuk...semua benda tak menjadi. Nak bau masakan pun tak lalu, apatah lagi nak makan! Sepanjang mabuk, 3 bulan aku tak masak....Kasihan suamiku....kasihan Aliyah dan Muaz! Malah kasihan juga aku tujukan buat Kak Zan. Hampir setiap  petang ada sahaja juadah berbuka yang dihulurkan kepada kami. Aku jadi malu sebab dah bertimbun pinggan mangkuknya menjadi khazanah di rumahku. 



"Abang, macam mana nak pulangkan pinggan Kak Zan tu?" tanyaku minta pendapat abang. "Hmmmm apa kata kita beli daging, kita masak daging salai. Kita minta mak tolong masakkan." cetus idea abang. "Ok juga" Mujur rumah mak mertuaku dekat, dan sepanjang bulan puasa memang kami akan berbuka di rumahnya. Dia maklum aku tak mampu nak masak...!

Di hujung tahun 2008 yang lalu, Kak Zan telah pun berpindah ke Putrajaya kerana suaminya mendapat quaters di situ. lagipun dengan barang yang banyak, dan anak-anaknya yang ramai dah besar-besar, manakan cukup dengan menyewa rumah yang hanya ada 2 buah bilik seperti rumah kami sekarang. Hai aku terfikir, macam mana nanti kalau aku mengidam masak lemak rebung Kak Zan???? Itu baru syurga dunia...

Rumah Kak Zan yang ditinggalkan tak sempat kosong lama. Datang pula Suzi yang berasal dari Terengganu. Mereka berpangkat adik, baru seorang anaknya. Sebaya Muaz, bulan lahirnya sama dengan Muaz, cuma Muaz tua beberapa hari dengan Faris, anaknya.

Keistimewaan penghuni rumah ini kali ini ialah kelebihan suaminya yang dilihat sebagai kampung boy! Haris sangat rajin memancing, menjelajah untuk mencari sayur-sayur kampung. Pernah dihulur sayur pucuk paku yang segar, beberapa ekor udang galah, ikan belida...semua hasil usaha dan minatnya. Alhamdulillah..dapat juga kami merasa. Sambil makan udang galah goreng, teringat aku ngan cerita Ina. Dia makan seafood ketam besar kat Taman Botani, Putrajaya. makan siap dengan playar lagi nak potong si ketam...sekali bayar ha....RM60++ (kalau tak silap). Aku juga teringat kisahah udang galah kat restoran mamak kat D Souq, Masjid Putrajaya. Hubby tanya berapa harga udang ni? Mamak tu jawab "RM25 seekor"..."Hah!...hmmmm tak payah la ambik..." Waktu tu aku, hubbby dan Nizam ambik angin petang di situ sambil minum petang....



Itulah alkisah istimewanya jiranku yang bernombor rumah 9 ini....Barakallahu fi kum.....



Comments

Klinik Ummi said…
Salam ukhuwwah dik. Kak Ummi suka baca tulisan-tulisan pohon hijau. Santai dan bersahaja tetapi ada pengajarannya...Tahniah dik!
UMMUSHIFA' said…
Salam..ari ni besday ana ek?confius tarikh ler..terperasan lak kita kat tajuk posting ni..sebab rumah kita no 9 jugak hehe..tapi kite tak sepandai kakak zan tu masak..salute lah..kite leh masak tempe je..hehe..best artikel ni..the moral of this story? Mengandunglah..boleh jiran hantar makanan..hehe..jangan mare ye..
Pohonhijau said…
Salam Ukhuwwah kembali Kak Ummi. Saya pun suka membaca tulisan akak...Blog akak menimbulkan inspirasi buat saya untuk menukil pohon hijau!!! Terima kasih Kak Ummi...
Pohonhijau said…
Salam. Ein, besday ana bulan lepas da....3 Januari....Tak apa, wish ulangtahun untuk yg ke 28 tahun 1 bulan 2 hari....he..he..
Pohonhijau said…
Hmmm..Macam mana Kak Ummi boleh jumpa blog pohon hijau.com ye??

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE