Kacukan Boer-Black Bengal Pertama Di Dunia


Dua ekor anak kambing kacukan Boer dan Black Bengal yang dilahirkan kembar - gambar Bernama


Kejayaan Saintis Malaysia


MALAYSIA menjadi negara pertama di dunia yang mengacukkan kambing baka Black Bengal dan Boer yang dijangka mampu membuka pintu baru untuk pasaran daging kambing yang lebih bermutu.


Ciri-ciri Kambing Black Bengal


Menurut beliau, kambing Black Bengal, yang hanya terdapat di Bangladesh, tidak pernah dibawa keluar dari negara itu dan ia dihadiahkan hanya kepada kerajaan negeri Kelantan.


Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, kambing Black Bengal bersaiz kecil, berwarna hitam, berbulu pendek dan lembut, mempunyai tulang belakang yang lurus, berkaki pendek dan telinganya agak panjang.


''Ciri-ciri yang menarik pada baka kambing ini ialah sifat kesuburannya yang baik, bilangan kelahiran atau kadar kembar yang tinggi dan mudah menyesuaikan diri kepada persekitaran yang kurang subur.


"Kambing ini mudah dipelihara menggunakan rumput rumpai tempatan, walaupun tanpa makanan tambahan menjadikan kos pengeluaran yang paling minimum", katanya.

 


Ciri-ciri Kambing Boer


Kambing Boer, adalah hasil kacukan kambing dari Afrika Selatan dan kambing dipilih khas untuk daging di Australia.


Dengan ciri-ciri kadar tumbesaran yang tinggi dan kualiti daging yang baik, kambing Boer mudah menyesuaikan diri pada persekitaran yang panas dan kering di samping mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap ancaman penyakit.


Kambing Boer biasanya mempunyai badan yang berwarna putih dan kepala serta leher berwarna coklat, serta mudah dipelihara, cepat membesar dan kadar kesuburan yang tinggi.


''Bagaimanapun kadar kelahiran bagi kambing itu tidak begitu tinggi iaitu sekadar 1.2 ekor setahun.



Kaedah Yang Digunakan


Kesemua kambing betina Black Bengal itu diselaraskan berahinya menggunakan hormon dengan alat silikon berbentuk Y yang dinamakan Control Intra-Vaginal Device Releasing Hormone (CIDR).


''Selepas beberapa minggu alat itu diletakkan di kemaluan kambing betina, ia ditanggalkan dan kambing jantan Boer akan diletakkan dalam kandang dengan kambing betina untuk mengawan," katanya.


"Sifat prolifik Black Bengal ditunjukkan dengan kelahiran anak kembar tersebut. Sifat Boer pula ditunjukkan dengan kadar pertumbuhan berat badan yang baik," katanya.



Tiub yang mengandungi 25 billion sperma selepas digunakan.



Operasi meneropong uterus kambing betina


Pengacukan secara permanian beradas juga dalam pelaksanaan sebagai langkah jangka panjang kerana program sedemikian akan memerlukan perancangan dan penyediaan kepakaran teknikal serta belanjawan yang agak tinggi.


Kaedah ini dijangka dapat mengatasi masalah pengacukan menggunakan baka kambing pejantan Black Bengal kepada kambing betina Boer kerana kambing jantan itu mempunyai ketinggian rendah menyebabkan sukar untuk mengawan. 


Dipetik  daripada Bernama- Utusan Malaysia, Rabu, 4 Feb 2009.



Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE