Kejayaanmu Semakin Hampir..Abang..
Syukurku kupanjatkan kepada Allah Yang Maha Menentukan jodoh antara kita. Itulah petunjuk yang jelas Allah berikan, di kala perjuangan itu belum selesai....alhamdulillah. Cerita 6 tahun dahulu....Hanya sujud yang mampu mengungkapkan rasa syukurku kepada Tuhan dengan linangan air mata kesyukuran,air mata memohon keampunan dan air mata kehambaan di hadapan Tuhan, Allah Azzawajalla.
Aku sentiasa mendoakan kejayaanmu...semoga kejayaan mengiringimu menuju ke puncak kejayaan. Yakinlah, bahawasanya kejayaanmu itu semakin hampir!!!!! Sesungguhnya engkaulah "pohon hijau" kami...umi, Aliyah dan Muaz...
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),
kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.
Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
(Al-Insyirah : 5-8)
Ikhlas dari : Isterimu..
Comments