Misi 2009


Salam Jumaat kepada sahabat-sahabat gD.org dan  sahabat-sahabat pengunjung pohonhijau.com yang diingati. Semoga rahmat Allah melimpahi hidup kalian.


Hmm...Antara topik yang ada dibincangkan secara implisit di kalangan para ibu I26 yang menghadiri Perjumpaan Besar gD di Kuala Kangsar hujung tahun lepas adalah berkenaan Misi 2009. InsyaAllah, misi yang baik semoga mendapat petunjuk dan keberkatan dari Allah.

Berdiri dari kiri : Cik Wan, Huda, Hasanah, Kak Pidah, 
Pohon Hijau (silap tak tengok camera) dan Za
Duduk dari kiri : Ummu Shifa', Zalin, Anje Ina, Shu, Ana

Caah, Shu sudah pun mendaftarkan nama ke dalam anggota Misi 2009 termasuk Pohon Hijau. Anggota terbaru adalah Cik Wan Zorah. Tahniah...kami ucapkan. Kini Anje Ina, Huda dan Ummu Shifa' sedang menunggu kepastian untuk menjadi ahli anggota. Za juga khabarnya ada perancangan untuk "join the club" selepas diijabkabulkan Mac nanti. Didoakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya...amin..


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE