Muaz Main Bowling!!




Petang semalam umi dengan Muaz ikut abi main bowling di Power Bowl, Alamanda, Putrajaya. Kak Long Aliyah duduk rumah Wan dengan achiknya, bila diajak dia tak mahu ikut....ok..bye. Abinya yang first time main bowling ni sebab company tempat abi kerja, Zetta Consultant mengadakan perlawanan persahabatan dengan MAMPU.


Sambil duduk melihat mereka bermain, sempat umi sembang-sembang dengan geng-geng abi di ofis, Latifa, Nurul, Kak Yus, Munirah (wife kawan abi). Latifa dengan Nurul masih bujang lagi, tak habis-habis suruh doakan dan minta tolong carikan jodoh untuknya....insyaAllah, tak lama lagi sampailah tu jodohnya!!!! Apa yang penting....jangan putus asa berdoa semoga dipertemukan dengan Mr. Right yang Soleh!!!

Masa nak balik tu, umi tunggu abi kat luar bangunan sementara abi bayar parking dan ambil kereta. Sambil tunggu tu nak tau umi nampak apa???? Ha..ha..umi nampak banyak sangat tikus sedang berkeliaran melompat-lompat keriangan di bawah lampu spotlight yang menyuluh pokok dan landskap di luar itu...Wah...kat Alamanda pun ada tikus???? Mungkin depa nak main bowling jugak  kuttt......


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE