Sahabat Yang Dirindui


Siti Zaharah Kasim

Pernah menjadi Bendahari HEWI, Sesi 2000/2001, juga bendahari kepada RS. Antara kami adik-beradik, dialah yang paling awal menamatkan zaman bujangnya..November 2003. Ingat lagi, kami berenam naik kereta Iswara Maslina Md Samidi ke Nibong Tebal..Huda, Ein, Anje Ina, pohon hijau, Zalin (duk depan) dan driver Mas. Berhimpitlah 4 orang tu duk kat belakang. Muat tak muat..sumbat ajelah...asalkan sampai...Alhamdulillah, bertolak pukul 10 malam, dan sampai ke rumah Caah pukul 3.00 pagi....Sampai je, terus siapkan hias barang hantaran...Sesat-sesat pun sampai juga anak dara berenam travel pagi-pagi buta...itulah semasa zaman kamikaze, kawasaki, mitsubishi ke...suzuki..apa-apalah...kami amat rapat alhamdulillah semenjak dilahirkan semasa Asasi sehinggalah dah jadik isteri orang dan mak budak...

Zalina Mat Zin

TKP Lajnah Kebajikan yang amat penyabar dan berdedikasi...Ayong mendapat julukan manja kerana ketinggian melampainya..dan sifat kekakakkannya yang menyerlah. Terakhir sekali beliau dapat dihubungi ketika beliau tinggal di Hulu Langat..Akhirnya bertemu jodoh dengan adik angkat beliau sendiri......Ingat lagi kata-katanya "Ayang untunglah dapat KP baik dan bertanggungjawab..bukan macam ayong ni....asyik men"janda" je gi meeting.." He..he..lawaknya berseluroh. Kita kan satu keluarga, susah senang kita hadapi bersama!! Itulah tersemat kenangan RS. Di RZ pulak dialah teman "muplay" saya di dapur RZ...Makan biskut yang dibeli kat kedai Kamal SS17 cicah dengan air milo..(masa tu belum era boikot lagi).


Suriyanti Jamaluddin

Uteh ni batch bawah, tapi kami sebaya..dia sama batch dengan atuk Mazuan. Bawa moto main redah aje...sampai pernah lah Uteh ni kena ragut dengan Bangla ke atau India mana yang berkeliaran di zon hitam...area RS. Orangnya sangat sensitif dan manja..tapi itulah kelebihannya...teringin sangat nak berjumpa dengannya...

Gambar-gambar ni dapat dalam internet.. ada lagi gambar-gambar exco zaman Us Izwan tu....dah hampir 9 tahun ditinggalkan...


Comments

UMMUSHIFA' said…
Bila dah tengok gambar caah yang lama ni, terus je teringat zaman remaja dulu..alangkah lamanya masa yang telah ditinggalkan..tapi segar sungguh kenangan..Alhamdulillah.
Zurina said…
alamak! kak ogy dah amik tajuk zu,hehehhe baru ingat nak tulis ttg akak2 rz dulu...rindunyaaaaa..

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE