Selamat Hari Lahir Mak Tuk..




8 Febuari 2009 genap umur ibuku 53 tahun. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kami ruang adik-beradik untuk menikmati kasih ibu, Aliyah dan Muaz untuk merasai sayang Mak Tuknya. Semoga Allah sentiasa memberi keberkatan kepada ibuku yang telah mendidik dan membesarkan kami adik-beradik. Terima kasih mak..terima kasih ayah..

Seusai Aliyah Husna mengucapkan Happy Birthday kat Mak Tuknya melalui telefon, sebak kedengaran suara Mak Tuknya di corong telefon. Yelah, cucunya yang sulung, baru berumur 2 tahun 8 bulan mengucapkan selamat, mengungkapkan rindu duduk berjauhan....itulah yang menjadikan Mak Tuk dan atuknya seringkali mahu bercakap dengan Aliyah Husna...

Aku pun memberitahu hubbby, "Abang, hari ni birthday Mak Tuk.." 11 Feb pulak birthday Pak Cu nya...Yusfirdaus. Abang pun meluahkan, "Hmm sepatutnya setiap kali birthday anak, kita kena sambut dan wish si ibu..sebab ibulah yang  paling banyak bersusah payah melahirkan anaknya...kalau anaknya ada 10 orang ertinya 10 kali itulah kita anaknya kena sambut dan ucap terima kasih kepada si ibu...Tak gitu ke umi?"

"Ya tak ya juga kan abi...." ada benarnya juga pendapat abi...Rata-rata kita lihat sudah menjadi kebiasaan setiap kali birthday seseorang, kita wish tuan yang empunya diri, buat sambutan hari jadi, belanja kawan dan lain-lain. Walhal, orang yang melahirkan dan membesarkan, malah mendidik tuan yang empunya diri itulah yang patut diraikan kerana kita menjadi diri kita seperti yang kita lihat pada saat ini....mungkin persepsi ini perlu diubah..."getusku"...

"Ya Allah, ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, serta rahmatilah keduanya sebagaimana mereka memelihara sewaktu kecilku"


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE