Gelombang Produk Muslim



Saat era boikot-memboikot barangan Barat dan barangan syubhah, pengusaha-pengusaha Muslim di Malaysia khasnya berlumba-lumba untuk mengenengahkan produk hasilan daripada idea, tangan dan jiwa Muslim. Buktinya hampir setiap hari pasti ada sahaja slot tajaan daripada pengusaha Muslim ini untuk diwar-warkan akan kelebihan dan kehalalannya di Radio IKIM.fm.



Bila dikaji asal-usul produk halalan toyyibah, kebanyakannya telah bertapak lama di pasaran. Cuma pasaran mereka bukannya berada di pasaran yang biasa kita kenali seperti di hypermarket, supermarket malah di mini market. Pasaran mereka kebanyakannya menggunakan kaedah stokis dan ejen yang mana faktor pengiklanan banyak bergantung kepada buah mulut dari mulut ke mulut. Walhal, itulah mekanisme pemasaran yang paling berkesan kerana keberkesanan bagi sesuatu produk telah terbukti, cuma kekurangannya tidak melata dan meluas.


Bagi pengamal minuman Milo, Ovaltine, Horlicks, Vico dan seumpamanya, kini anda mempunyai beberapa pilihan yang lebih baik untuk mencuba produk Muslim Cocoa daripada Muslim Choice (klik sini), Elya dari D'Kawi (sebuah syarikat yang dahulunya mengambil kontrak untuk membuat produk coklat Cudbury, yang kini telah mengeluarkan produknya sendiri), Radix Koko daripada HPA, Amar dGenius daripada Manjasuri Sdn Bhd. Dari segi khasiatnya sudah pasti lebih baik kerana koko itu sendiri mampu mengatasi stress, mengandungi tahap kafein yang rendah berbanding kopi dan teh dan banyak lagi khasiatnya.(klik sini)



Begitu juga produk lain, seperti produk tenusu Biolac formulasi Dr. Azizan ternyata alternatif yang lebih baik daripada mengambil produk tenusu dari New Zealand, Australia dan Denmark. 

Dari segi kosmetik juga telah banyak usahawan muslim mengusahakannya seperti Imedikel Farmaseutikal melalui produk Kels Spirulina, Hiraq, Permata Hijrah dan pelbagai lagi.

Carilah dan marilah kita sama-sama membangunkan institusi ummah untuk menumbangkan sekian banyak produk syubhah yang melata di pasaran. Biarlah kita sedikit payah, untuk mendapatkan produk halalan toyyibah ini, nak kena cari stokis dan ejen...namun itulah sebenarnya yang akan dijadikan modal untuk kita menjawab persoalan dari Allah di  akhirat kelak.


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE