Atlas Mengancam Eropah


"kreationisme Islam menawan Perancis
- The Washington Post

"Sebuah atlas luar biasa telah menawan Switzerland
- Le Matin, Akhbar Harian Belgium

"Kementerian Pelajaran Paris panik dan meminta agar buku tersebut tidak diajarkan di bilik darjah
- Die Welt, akhbar harian terbesar Jerman

"Ia adalah serangan paling hebat ke atas evolusi dalam tempoh yang sangat lama : demikianlah persepakatan para saintis Eropah yang baru-baru ini menerima naskhah percuma Atlas of Creation
- Majalah Science, Isu 16 Feb 2007.

Demikianlah sebahagian respon beberapa media massa Barat terhadap penyebaran buku percuma gergasi yang dinamakan "Atlas of Creation". Buku setebal 770 halaman telah dikirimkan dari Turki ke beratus-ratus sekolah, perpustakaan, institut pengajian tinggi dan orang perseorangan termasuk saintis dan wartawan seluruh Turki, Perancis, Amerika Syarikat, Belgium, Switzerland, Itali, Scandinavia dan Sepanyol.

Penyebaran atlas ini menimbulkan suasana panik ke atas seluruh komuniti materialisme, Darwinisme dan ateisme. Malah, mereka ini menganggapnya sebagai karya anti-evolusi paling hebat pernah dihasilkan dan penerbitan anti-Darwinisme yang paling berbahaya kepada pemikiran anti-agama yang telah lama bertapak di Eropah. 


Charles Darwin



Pemikiran Dunia Eropah Tertutup Selama 150 Tahun

Atlas of Creation ini mengandungi lebih seribu ilustrasi ini menegaskan bahawa Teori Darwin telah SILAP, Teori Evolusi Darwin hanyalah KHAYALAN dan hidupan tidak pernah mengalami sebarang evolusi. Dengan gambar fosil yang dikumpulkan dari seluruh dunia bersama dengan hidupan sebenar yang masih hidup membuktikan bahawa hidupan tidak pernah berubah sejak berjuta-juta tahun dahulu seperti yang diteorikan oleh Pak Darwin! Sudah tentu ini merupakan bukti paling kuat bahawa hidupan termasuk manusia telah dijadikan oleh Allah. 

Firman Allah bermaksud ; 

"Tidaklah apa yang dijadikan Allah itu berubah-ubah" -Al Ahzab : ayat 62-

"Sesungguhnya Kami (Allah) jadikan manusia itu sebaik-baik kejadian" - At-Tin : 4-

Bukti-bukti saintifik yang dikemukakan dalam atlas ini telah membantu ramai bangsa Eropah menyedari bahawa mereka telah ditipu oleh Darwin selama lebih 150 tahun.
Kajian selidik yang dijalankan oleh sebuah laman web Perancis (Science Actualities) menunjukkan bahawa 92% responden percaya bahawa hidupan ini telah dijadikan oleh sesuatu kuasa manakala hanya 5% sahaja yang masih yakin dengan teori evolusi.

Oleh itu, jelaslah bahawa Eropah yang selama ini menyanjung teori evolusi dan mengadaptasikannya  dalam undang-undang negara dan kehidupan, kini semakin sedar bahawa ia hanyalah kisah dongeng yang tidak saintifik!

Senjata Makan Tuan!

Selama lebih 3 abad, ilmu sains yang dimonopoli oleh golongan materialis dibimbangi telah "memperdayakan" masyarakat dunia dengan fakta palsu dan rekaan. Dengan bersenjatakan sains, ada yang cuba mengukuhkan kepercayaan ateisme (menolak kewujudan Tuhan). Alasan bahawa sains yang dapat dilihat di hadapan mata, dan yang dapat dibuktikan dengan eksperimen telah membuktikan kewujudan alam ini dan manusia secara kebetulan (evolusi) dan menolak "dogma" agama yang menyatakan sebaliknya.

Komunisme


Sejak sekian lama, sains dan agama diibaratkan seperti air dan minyak, yang tidak mungkin dapat bersatu. Bagaimanapun, sebagaimana janji Allah, pembohongan ini sedang menghela nafas terakhir apabila perkembangan terkini menyaksikan persepakatan di antara sains dan agama Islam. 

Atlas of Creation ini telah menjadi petanda kemusnahan ideologi anti-Tuhan seperti materialisme, komunisme, Darwinisme dan ateisme, kerana tapak saintifik yang mendukung mereka selama ini telah mula runtuh!!! Dan sains yang mereka gunakan untuk menolak Tuhan, kini kembali menikam mereka.....


sumber : Solusi bil PP 15048/05/2009

Comments

Anonymous said…
salam.. saya mengetahui buku ini daripada majalah solusi.dimanakah saya boleh mendapatkan buku "atlas of creation" ini? wassalam.
(Aishah luv Islam)

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE