Istikharah Bersejarah

"Kak Nita, ceritalah pengalaman akak. Macam mana akak istikharah?" Salwa bertanya penuh serius. 

Dia yang sekarang ini sedang dilema untuk membuat keputusan untuk masa depannya. 

Kak Nita yang dari tadi hanya mendengar celoteh Salwa, adik kesayangannya..mula membuka bicaranya. Bab nak membuat pilihan ni, bukanlah suatu kerja yang mudah. Ia memerlukan satu komitmen yang benar-benar bulat dan nekad dihadirkan bersama hati yang tulus dan benar-benar mengharapkan petunjuk Allah.


"Kak Nita dulu turut mengalami situasi yang sama dengan Salwa. Penuh dilema, macam mana nak buat keputusan. Calon yang datang bukanlah calang-calang, sebab itu akak tak mahu membuat keputusan yang sia-sia. Kerana Nabi pernah berpesan,

 "Apabila ada yang meminang anak gadismu, dan kamu senang pada agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah. Kalau tidak kamu lakukan, sama halnya dengan kamu membuat fitnah di muka bumi dan menimbulkan kerosakan yang besar" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

"Akak mula solat istikharah, minta petunjuk sebenar dari Yang Maha Memberi. Ada juga kakak-kakak yang mencadangkan membuat tuju ayat Quran, maksudnya kita pejam mata, sambil buka quran, niatkan untuk Allah menunjukkan sesuatu daripada ikhtiar ini, dan jari telunjuk kita tunjuk ke arah ayat-ayat quran. Bila jari kita dah point sesuatu ayat, kita lihat apa maksud ayat yang kita tuju."


"Cara tuju ayat quran tu hanyalah ikhtiar sampingan untuk melihat petunjuk Allah dengan lebih jelas. Setengah orang Allah mudahkan dengan memberikan petunjukNya melalui mimpi (kena lihat juga cara tidurnya bagaimana, berwudhuk kah sebelum tidur, membaca doa kah sebelum tidur?), atau dengan petunjuk hati, maknanya hati kita tenang dengan istikharah yang kita lakukan" terang Kak Nita lagi.

"Alhamdulillah, Allah tidak akan menghampakan hambanya yang meminta dan mendamba petunjuk dengan penuh rasa kehambaan. Allah memudahkan pencarian akak. Petunjuk yang amat jelas Allah bagi melalui mimpi dan rantaian ayat-ayat Quran yang akak tuju. Malah, Allah juga memberikan jalan penyelesaian sekaligus siapa sebenarnya yang telah dijodohkan untuk akak, insyaAllah" cerita Kak Nita dengan senyuman. "Yelah walaupun orang yang ditunjukkan Allah itu mungkin jodoh kita yang sebenar, tidak menunjukkan apa-apa tanda terhadap diri kita, namun akak yakin dengan keputusan akak."



"Setelah menimbangkan segala pencarian dan petunjuk sepanjang istikharah akak, akak pun membuat keputusan. Akak terpaksa menolak sahabat akak sendiri bukan kerana keputusan berpandukan nafsu, namun keputusan yang dibuat dengan begitu cermat dan penuh pengharapan kepada Allah, agar keputusan ini  adalah di bawah naungan petunjukNya. Walaupun penuh dugaan dan liku, alhamdulillah berkat kesabaran, setahun selepas istikharah bersejarah itu, baharulah insan yang dipertontonkan Allah itu, datang membawa warkah bingkisan hajat yang penuh bermakna....inilah dia kasih sayang Allah...Yang Maha Panyayang lagi Maha Pengasih....!!"

"Eh, kenapa Salwa menangis?" 

"Salwa terharu mendengar pengalaman akak. Berkat kesabaran dan pengharapan, pasti Allah tidak akan menghampakan kita...kan Kak Nita?"


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE