Posts

Showing posts from April, 2009

TV Sakit

Image
Sepanjang berpantang adalah masa untuk berehat untuk membaiki sistem dalaman dan luaran badan yang sakit di sana dan sini. Itulah pengalaman seorang ibu, mana-mana ibu hatta ibu kita sendiri.  Kalau kita ada seramai 8 orang adik-beradik, bermakna sebanyak 8 kali itulah ibu kita melalui tempoh rencah alami tubuh ini...Walaupun sakit, namun ibu kita tetap sabar melayan karenah si abang dan si kakak baby....lebih malang andai bila si anak dah besar panjang, sudah boleh "berakal" sendiri....menjadi tuan kepada si ibu dan ayahnya....Na'uzubillahi min zalik.. Masa yang terluang, bercuti di rumah mak, saya gunakan untuk memanfaatkan internet di rumah ..di samping menonton televisyen. Motto TV3 menggunakan "Inspirasi Hidupku'', saya rasakan amat menjengkelkan saya selaku penonton. Memang saya amat jarang menonton TV kerana di rumah tidak memiliki TV, memang sengaja hidup begitu...banyak juga bisikan yang memujuk agar meletakkan kotak menyala dengan saratan cerita dan

Ulangtahun Perkahwinan Ke 4

Image
24 April 2004, Jumaat Kami telah merancang untuk balik ke kampung Chini, dan  abi pun telah pun mengambil cuti pada hari ini....tetapi malam tadi mendapat panggilan daripada Along yang mengatakan  mereka sekeluarga hendak pulang ke Sg. Merab untuk melawat baby Aisyah Salwa....nampaknya kena tangguh ke hari Sabtu untuk pulang ke Chini.... 11.00 pagi Kami memulakan perjalanan ke Salak kerana menyelesaikan urusan abi. 11.30 pagi Kami berjumpa Mazuan Ahmad di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Methodist di Sg. Pelek. Ada urusan sikit dengan ustaz tu....kena smash dengan ustaz Mazuan..."Hai....baru 11 hari dah jalan-jalan......" 1.00 tengah hari Kami sampai di rumah nenek di Sg. Lang, Banting. Abi solat Jumaat, dan umi demam kesejukan. Agaknya kena air cond kereta sepanjang perjalanan. Selepas dah pakai sweater dan selubung dengan selimut, dan makan paracetamol, dalam pukul 3.00 petang barulah demam umi agak kebah.....ini demam kali ketiga..... kali ini banyak kali demam yang bersif

Tempoh Berjaga-jaga

Image
Dalam tempoh berpantang atau berjaga-jaga ini, sudah dua kali umi demam. Kedua-duanya disebabkan bengkak susu di mana kelenjar susu membengkak sehingga merebak  ke nodus limfa sehingga menyebabkan demam.  Ada petua bila bengkak susu, sapukan dengan asam jawa, lekapkan dengan kobis, tuam dengan air suam.....semua boleh melegakan kesakitan yang dialami... Abi pun jumpa dengan Hj. Khan Subari, pengamal Homeopathy untuk mengambil ubat. Inilah bekalan ubat yang Hj. Khan bagi. Hj. Khan siap telefon umi lagi, ucap tahniah lepas tu dia kata " La kenapa ko tak ambil ubat awal-awal sebelum bersalin dulu....." itulah dia hj khan, orangnya sangat bersahaja dan disenangi...dah biasa dengan abi...dia lebih senang menggunakan bahasa kau aku je... Homeopathy menyediakan sifir yang sangat lengkap. Daripada simptom, ada ubat tersendiri...dari sekecil simptom hingga ke sebesar simptom. Kalau buka kitab homeopathy, mesti seronok mendalami ilmu ini. Abi pun teruja, rasa macam nak beli je kitab ho

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Image
Penantian Berakhir 14 April 2009 Setelah penantian dinanti penuh debaran, bermula daripada seminggu sebelum, 6 hari sebelum, 5 hari sebelum dan seterusnya 1 hari sebelum sehinggalah tiba tarikh keramatnya 14 April 2009. Masih belum menemui sebarang tanda dan contraction hanya bersifat “Braxton Hicks”…Akhirnya kami ke hospital dengan berbekalkan contraction yang masih belum “regular”….hanya sikit-sikit dan jarang-jarang…. 14 April 2009, Selasa 8.30 pagi Bersiap-siap mengemaskan barangan keperluan Ummi dan baby di hospital, barang Aliyah, Muaz dan Ummi ketika berpantang di rumah Wan. 10.00 pagi Kami meninggalkan Aliyah dan Muaz di rumah Wan, bersama Achik dan Mak Andak yang kebetulan sedang bercuti panjang. Abi dan Ummi meluncur dengan JCM 4053 menuju ke Dengkil untuk makan tengah hari….abi mengidam sup tulang di sebuah restoran di Dengkil…kami pun makan di sana sementara menunggu check in di An-Nur. Sampai di Restoran Sri Manis, Dengkil, sup tulang rupanya hanya disediakan hari Jumaat s

Bayar Hujung Bulan Ye...

Image
"Eh, cantiknya baju ni....dari mana kau dapat?" teruja  Maria dengan kain batik yang dibawa oleh Aisyah dalam sekarung beg plastik biru. "Adik aku punya ni...aku saja bawak nak tunjuk kat ko dan kawan-kawan...kut-kut ada yang berkenan.." balas Aisyah senyum. "Tak payah la ko pergi Pasar Khadijah ke, butik ke...nak dapatkan kain batik ni.... "Haah kan..betul juga tu. Lagi pun aku tak berapa suka pergi kat butik-butik ni....dah la mahal....yang paling aku benci nak kena bayar dan cari parking.." sokong Maria bertalu-talu. Sambil membelek-belek kain pasang bercorak batik yang dibawa oleh Aisyah..Maria akhirnya berkenan dengan kain batik berwarna lembut berwarna hijau pucuk pisang. "Aku ambik yang inilah..." "Berapa harganya Cah?" "Yang tu aku bagi RM 55".  "Ok...baik-baik....hmmm Cah, aku bayar hujung bulan boleh?" Nak tak bagi, kawan sendiri...bila tak bagi nanti dikatanya pulak terlalu berkira dengan kawan sendir

Penantian Yang Dinanti

Image
Terima  kasih buat sahabat dan saudara yang turut sama mendoakan...semoga doa kalian menjadi bunga-bunga rahmat yang sentiasa menaungi kehidupan untuk mendapatkan redha Allah... Semalam dalam pukul 4.15 petang, mendapat SMS daripada seorang sahabat, Suhaila...dia telah pun selamat melahirkan baby perempuan yang kedua di Az-Zahra...padahal due nya 24 April 2009. Dia pun hairan kenapa lahir awal sangat....:) Semalam juga mendapat SMS daripada Alang Caah, turut memberitahu kakak Timahnya telah pun selamat melahirkan baby boy yang duenya 12 April 2009....Alhamdulillah Walau apa pun, penantian tetap diteruskan dengan penuh debaran dan hati-hati...si dia seakan memahami agar menunggu segala urusan lain dan persiapan disiapkan dan dibereskan...bila dah bersedia...lihatlah dunia barumu dengan permulaan lafaz yang mulia...Assalamualaikum wrt , Allahu akbar...allahu akbar.... Di situlah bermulanya transisi dimensi kehidupanmu yang baru.....

Syabab Musafir Kasih

Image
Alhamdulillah, semalam saya sempat menghabiskan membaca sebuah novel tulisan Fatimah Syarha Mohd Noordin berjudul Syabab Musafir Kasih terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Penulis ini juga yang menukilkan novel Tautan Hati. Namun isi Syabab Musafir Kasih ini tidaklah seberat kandungan Tautan Hati, namun ia tetap berjaya membawa mesej yang jelas sebagai tujuan hidup seorang khalifah Allah di muka bumi.  Mengisahkan kisah hidup seorang anak yatim sekecil darjah satu yang hidupnya penuh cemuhan dan buli daripada kalangan abang dan kakaknya yang kebejatan akhlak dan penduduk kampung yang tidak senang dengan sikapnya Syabab yang dilabelkan sebagai budak nakal, pengotor dan terbiar lantaran kesibukan si ibu Mak Som yang berhempas pulas mencari nafkah untuk anak-anaknya siang dan malam. Abang dan kakak Syabab terkenal dengan sampah kampung dengan beraktiviti melepak, merempit, menghidu gam manakala Syabab pula terkenal dengan seorang budak yang menjadi bahan buli adik-beradik dan kawan-kawannya d

Cerita Hujung Minggu

Image
Kuih pau menanti untuk kembang dan kembang.. ..   K uih pau dimasukkan ke dalam kukusan untuk dikukus... .   Kuih pau yang sudah siap dimasak dan sedia untuk dimakan oleh umi, Aliyah dan Muaz...nyum..nyum..nyum...   Inilah sarapan kami pagi Ahad....kuih pau..inti kelapa.  Selesai sahaja kuih dikukus, Aliyah dengan Muaz pun bangun...semalam mereka kepenatan..seharian berjalan..dari pagi ikut Wan, Achik, Andak Pak Anjang dan Cu Chin pergi sukan Sekolah Al-Amin Bangi...sekolah Cu Chin. Bila di tanya Aliyah, Aliyah pergi mana semalam? Dia kata "Aliyah pergi tengok Cu Chin langgar tali merah.."...La...Cu Chin pergi masuk lumba lari....anak buahnya pulak bagi istilah langgar tali...itulah kreativiti... Tengah hari pulak, ikut Wan dengan atuk pergi kenduri di Gombak....Aliyah je ikut..Muaz tertidur kepenatan di rumah Wan...tinggallah umi sorang-sorang kat rumah...cian umi....abinya pulak ke Genting... Petangnya pulak gi usrah di Desa Saujana.....malamnya, pergi Mas

Serbuk Kopi dan Gula

Image
Nak tahu apa isi kandungan dalam pinggan kecil tu? Hmmm....itu adalah campuran serbuk kopi dengan gula...entah mengapa dan bagaimana boleh mendapat idea resipi ini untuk mengaktifkan sel-sel layu dan menyambungkan kembali neuron-neuron yang tak tersambung. Bila dah dapat, rasa macam diaktifkan semula....pengalaman yang tak dapat dilupakan...