gD.org2u I, Mengujakan





Tahniah sahabat gD.org yang menjayakan program sulung gD.org2u I yang diadakan di Kg. Cherakah Jaya, Meru pada 30 Mei 2009 yang lepas. Walaupun keterlibatan ahli tidak sampai 20 orang, namun dengan kemantapan warga yang terpilih untuk hadir itu sudah cukup mengujakan saya sekeluarga terutamanya sebagai sebahagian ahli gD.org sejak sekian lama...menghampiri tahun yang kesepuluh usia kita...alhamdulillah. Cemburu betul kami tak dapat pergi...cemburu tandanya sayang bukan??.....Moga ukhuwwah ini terus dan kian mekar dengan adanya program seperti gD.org2u ini. Kepada siapa lagi kita harus berbakti kalau bukan di lapangan sebenar...masyarakat. Di situlah dakwah kita, kita wajib merebut peluang ini....semaksima mungkin, persis dan jitu!

InsyaAllah, Julai nanti gD.org2u II akan diadakan di Sg. Merab, BBB, Sepang, kawasan mana, sama-sama kita nantikan. Nak gotong-royong kat kebun belakang rumah kami pun boleh....dialu-alukan....;)...Besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan....Selamat Datang...ahlan wasahlan....

commentscute


Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE