Allah Maha Al-Razzaq

Hari ini abi memperuntukkan hari Jumaat untuk mengambil cuti untuk bersama-sama menguruskan program di Bukit Bangkong, Sepang. Bukan setakat itu, namun atas melangsaikan ibadah aqiqah untuk Aisyah Salwa kerana sepanjang program berlangsung selama 3 hari, ada dua ekor lembu yang telah disepakati untuk penyertaan aqiqah masing-masing. Alhamdulillah.

Pelajar Pondok Bustanul Arifin yang banyak membantu dari segi melancarkan kelangsungan program sama ada sebagai urusetia teknikal mahu pun sebagai peserta program, kerana program ini adalah untuk remaja lelaki; aktiviti perkhemahan yang berisi!

Nikmat Akal Yang Ditarik Sementara

Sebelum solat Jumaat, kami singgah ke kedai makan memandangkan lembu yang disembelih pagi tadi akan dimasak selepas solat Jumaat. Ketika makan, ada sesusuk tubuh yang berpakaian lusuh, agak dan sememangnya tidak terurus akan dirinya...sambil makan sambil berkata seorang diri dengan nada yang kuat. Umur lelaki ini dalam lingkungan 55 tahun ke atas dan berbangsa cina.

Sangat kasihan melihatnya, kasihan berbaur takut andainya dia tiba-tiba datang menyapa dan meminta sesuatu dari kita. Dalam keadaan sebegitu, hanya mengharapkan belas ihsan tauke restoran untuk memberikannya sepinggan nasi dan lauk yang dipintanya. Selesai lelaki tadi makan, dia turun ke dalam longkang untuk mengutip dan membelek-belek setiap sampah (bungkusan makanan) yang dijumpainya.

Dia juga akan menerangkan apa jua 'figure' yang terdapat dalam bekas bungkusan sampah yang dijumpainya dan dia akan menerangkannya kepada orang yang berada di sekelilingnya. Apabila dia terjumpa seorang wanita sebangsa dengannya yang membawa beberapa plastik barangan yang baru sahaja dibelinya dari kedai berhampiran, lelaki tadi lantas mendapatkan wanita tersebut untuk meminta apa jua yang boleh diperolehi dari wanita tadi. Akhirnya wanita tadi memberikan separuh dari sesikat pisang dari dalam salah satu plastik yang ada di tangannya.

Lelaki kurang siuman tadi sangat gembira, sambil duduk di bus stop. Di sampingnya terdapat beberapa buah beg balik kampung sederhana besar yang di dalamnya adalah sampah plastik bekas makanan yang dikutipnya. Hampir penuh begnya....akhirnya setelah kenyang, dia tertidur di bus stop itu dengan gayanya yang tersendiri...

Allah jualah yang memeliharanya, malah Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Al-Razzaq jualah yang memberinya rezeki setiap hari untuk kelangsungan hidupnya hingga kesekian hari yang sesiapa pun tidak mengetahui sampai bila. Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang walaupun si jasad tua bernyawa itu tidak mengimani esaNya.

Syukur aku ada Allah sebagai pembimbing dan pemelihara dan segala-galanya. Ya Allah, ampunkan kami, jadikanlah kami hambamu yang sentiasa dan selamanya BERSYUKUR!!

Jengkel vs Pelajar Sekolah Agama

Saya bersama anak-anak duduk berehat di satu sudut di Masjid Sg. Pelek sementara menunggu abi solat Jumaat. Bermula dari azan zuhur, khutbah jumaat sehingga solat jumaat di perkarangan masjid tidak lekang dari suasana bingit. Dengan berbaju melayu, berseluar putih, bersampin hijau, duduk berlima menepuk lantai untuk menterbalikkan kertas troop, ada juga yang bermain sepak-sepak bola ping pong, yang sudah bersuara garau duduk melepak di balik tangki air masjid ketawa berdekah-dekah, sangat bingit, sangat menyakitkan hati di kala Tok Imam membacakan khutbah mahu pun sedang solat dua rakaat selepasnya itu.

Jengkel saya mengatasi sabar saya apabila lirikan saya, pandangan mata saya yang memerhatikan mereka sejak mula mereka datang dengan pandangan jengkel, tidak mereka pedulikan. Lantas saya terus menegur "Hoi!!! Tak dengar ke Imam tengah khutbah tu!!!"

lantang menenggelamkan suara mereka yang keseronokan bermain tanpa halangan dan batas. Lantas kumpulan itu pantas bersurai, namun masih belum cukup dengan satu seruan dan sergahan itu!!!

Sedih, sangat sedih. Saya sangat sedih, amat-amat sedih. Ruh Iman dan ihsan tiada langsung bertapak di hati mereka. Walaupun si ayah dan ibu tidak nampak apa yang mereka lakukan di masjid itu, namun mereka sesekali tidak akan dapat lari daripada pandangan Tuhan. Kecil-kecil dah begini, rebung-rebung dah begini, bagaimana pula buluh itu nantinya??

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE