pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Demi Sebuah Cita-Cita Itu

Percubaan Meniarap


Aisyah Salwa sekarang ini sedang dalam fasa membuat percubaan untuk meniarap. Percubaan yang tidak kenal gagal..teruskan puteriku!!! Walaupun belum berjaya melakukannya sendiri, bila kepenatan...akhirnya tertidur....

14 Julai 2009, genaplah umurnya 3 bulan.

Permata umi & abi...
Aisyah Semoga hidupmu bahagia
Salwa menjadi penghibur hati umi & abi


UM & Kalori

Hari Isnin ( 6 Jul 2009), umi ke UM untuk menyelesaikan beberapa urusan. Bermula melangkah dari Fakulti Sains, kemudian berehat dan solat di KPS dan kemudian ke IPS dan seterusnya ke Pej Bendahari. Destinasi terakhir adalah ke Pej Dekan Fakulti Sains sebelum waktu pejabat berakhir...

Namun urusan umi masih belum selesai kerana Pejabat Dekan Fakulti Sains telah pun tutup walaupun jam masih pukul 4.45 petang. Pejabat tutup jam 5.00 petang. Nampaknya umi perlu lagi ke UM esok atau lusa. Hari ini seharian memang umi menguji otot kaki dan cara bernafas dengan betul. Umi juga membenarkan sel-sel umi melakukan respirasi anaerobik disebabkan berjalan tercungap-cungap (kurang oksigen)di atas permukaan tanah yang agak berbukit-bukit ketika mendaki PASUM untuk ke IPS. Umi juga membenarkan segala lemak dan kalori dibakar semaksima mungkin kerana umi tidak makan tengah hari kerana lauk yang disediakan di KPS (tidak menarik selera walaupun lapar sangat, lagipun dah tinggal 'koret-koretan' sebab dah nak dekat pukul 2.00 ptg). Dan lemak-lemak itu juga akan digunakan untuk menyediakan stok susu.
Terasa kurusnya hari ini. All out habis-habisan...

Kebetulan pula hari ini umi tertinggal hand phone...Abi dah mula suspense bila call umi tak dapat-dapat. Umi turun dari komuter UKM balik dari UM tu dah pukul 6.10 petang. Alhamdulillah, public phone di komuter itu boleh berfungsi dengan baik...umi pun terus call abi...umi dah sedia plan action, seandainya tak boleh contact abi, umi akan balik naik teksi...Alhamdulillah Allah permudahkan.

Umi tanya abi "Abi, kalau umi tak balik-balik sampai lewat petang, kat mana abi nak cari umi?"

Abi pun jawab, "Abi akan cari kat balai polis.."


Kisah Silam Di Tingkatan 3,
Sek. Men. Keb. (P) Assunta, Petaling Jaya
Asrama Semai Bakti Felda Kelana Jaya

Kami dalam kumpulan 6 orang membuat kajian ke tapak pasar tani untuk Kajian Geografi Tempatan. Kami dihantar oleh pak cik driver asrama dengan menaiki van dan kami juga akan diambil oleh pak cik tadi di suatu lokasi yang telah dijanjikan bersama untuk berjumpa. Setelah urusan selesai, kami berjalan meredah bangunan untuk ke tempat yang dijanjikan tadi, akhirnya kami tersesat. Duit kami juga kehabisan untuk menelefon pihak asrama. Kami mula panik. Akhirnya, timbul satu idea bernas untuk kami menyerahkan diri ke balai polis berhampiran (kebetulan lalu balai polis).

Sampai je balai polis, kami tercengang juga nak mengadu kat bahagian mana? Masuk-masuk perkarangan balai polis, jumpa Bahagian Jenayah dulu. Kami pun masuk ke situ, dan akhirnya kami dipandu untuk mengadu ke bahagian pengaduan umum. Pegawai polis pun menelefon pihak asrama untuk memberitahu bahawa kami berenam ada di balai. Penyelia asrama dah suspense apabila mendapat panggilan daripada polis. Bila kami sampai asrama, penyelia pun panggil kami untuk menerangkan apa yang telah berlaku.

Itulah secebis perjalanan hidup untuk dijadikan pelajaran terbaik dalam kembara ilmu mencari redha Allahu rabbi. Ya zal jalaliwal ikram....

Demi sebuah Cita-Cita Itu....

1 comments:

fairuspeng said...

tips yang bagus la..
lain kali boleh juga bergi balai polis kalau ad kecemasan...

10 July 2009 at 12:37