Andai Ku Tahu

Selepas mendengar kuliah maghrib Ustaz Zahazan Tafsir Surah At-Tahrim, ustaz mengupas mengenai isteri-isteri nabi s.a.w.

Tiba-tiba terlintas pulak soalan;

"Abang, kalau diberi peluang, mahu tak kahwin lagi?" tanyaku penuh teka-teki.

"Kenapa tanya soalan begitu?" suami menyoal penuh pelik.

"Yelah, umi saje je tanya..nak tahu macam mana pendapat abang.."

"Entahlah umi, benda yang kita tak tahu apa yang akan berlaku masa mendatang..Allah yang tentukan semuanya."

"Kalau umi pergi dulu daripada abang, abang tak mampu nak hidup seorang diri. Sama juga kalau abang pergi dulu, dan kalau ada orang yang masuk meminang umi, umi tak mahu kahwin?" persoalan yang tiada jawapan betul dan salah.



Suami mahu pun isteri hanyalah pinjaman sementara!!

Memang rasa terseksa hidup seorang diri. Semalam sempat singgah ke rumah kawan abi untuk ambil dokumen dan kebetulan office mate dia tu MC kerana migrain teruk. Terlantar lah dia seorang diri di rumahnya yang dua tingkat kerana dia seorang duda..dah lama hidup seorang diri lantaran bercerai dengan isterinya. Dengan halaman rumahnya yang berlalang...nampak sangat tidak terurus!!

Lantas aku terfikir, bagaimana keadaannya hidup keseorangan tanpa teman. Itu lelaki, aku juga ada seorang saudara, Mak Cik Ju namanya. Ibu kepada salah seorang anak muridku dahulu di Fuqaha. Sudah lama menjadi janda kerana kematian suaminya, dan beliau seorang diri membesarkan anak-anaknya yang semuanya 6 orang yang masih bersekolah. Sedih sayu kalau aku terkenangkannya.

Bersyukurlah anda yang telah dan masih punyai suami dan isteri sebagai teman paling rapat dan akrab. Bersyukurlah dengan pandangan mata hati atas pinjaman Allah yang sangat bermakna itu. Dengannya kita perolehi zuriat yang menjadi penerus mata rantai perjuangan ibu bapanya, dan zuriat itu jugalah yang akan mendoakan kesejahteraan kita di sana kelak. Didiklah zuriat itu agar mereka mahu dan ikhlas mendoakan kita!


Berusahalah untuk memberi kerana dengan memberi itu kita bisa membahagiakan pasangan kita. Seronok bukan bila kita dapat membuatkan si dia tersenyum dengan pemberian kita walaupun hanya segelas air yang diberikan dengan senyuman....Itulah namanya memberi dengan MAKNA!!!

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE