Tahniah buat CM Azura!!



Ucapan tahniah buat yang mengecapi kemanisan kejayaan. Inilah bayaran untuk setiap payah dan lelah yang dikorbankan dengan penuh kesungguhan dan pengharapan. Walaupun perkenalan hanya apabila bersua sahaja, namun istimewanya ukhuwwah ini di atas jambatan tulus dan ikhlas, yang sama-sama ingin berada di puncak jaya...Begitulah orang-orang yang positif!!! Positif MINDA, positif TINDAKAN dan positif HASIL!!! Itulah antara intipati yang saya dapat ketika majlis berbuka puasa di Hotel Istana Kuala Lumpur, 6 September lalu. Sangat Positif!!

Carilah rakan yang positif untuk merangsang anda menjadi positif. Pandang sejauh mungkin, fikir selangkau mungkin, usah biarkan dogma kritis menghantui anda lantas memalingkan anda untuk menggenggam kejayaan itu.

Hijrah Menjadi Penawar

Sesekali kita perlu berhijrah, hijrah minda, hijrah persekitaran, hijrah rakan taulan, kerana melalui penghijrahan itu memberikan kita satu suasana baru, nafas yang baru, semangat yang baru. Oleh kerana itu Nabi s.a.w diperintahkan Allah untuk berhijrah untuk membina semula kekuatan yang baru untuk mendepani cabaran Musyrikin Makkah. Natijahnya, alhamdulillah Nur Islam dan Iman sampai jua kepada kita hari ini, di bumi Malaysia. Banyakkanlah memanjatkan SYUKUR atas segala nikmat terunggul ini.


Ketika kunjungan ke Wisma KFC Kuala Lumpur...

JCM tak jumpa parking, rupanya kena naik lift, sebab parkingnya di tingkat 4....ingat orang je naik lift...


Pencarian Rakan Niaga Yang Sangat Hebat

Berkongsi sesuatu yang POSITIF pasti menatijahkan gandaan HASIL yang sangat positif. Meminjam kata-kata CM (sahabat) yang sangat hebat, penggunaan kata 'SANGAT' amat meng'impak'kan dalam segala hal. Terima kasih atas dorongan dan sokongan. Sesungguhnya medan ini sangat mencabar dan langkah anda yang selangkah hebat di hadapan kami, amat kami cita-citakan.

Kiranya diri belum menjadi hebat, gilaplah agar ianya hebat. Nak menjadi hebat atau tidak, segalanya atas dorongan kuasa MINDA yang mengawal diri memacu fikir. Kuasa MINDA jugalah yang mengawal tindakan diri untuk memacu misi dan selebih HASILNYA itu adalah hak Allah untuk direzekikan kepada kita atau sebaliknya...Namun, imanilah, Allah itu Maha Adil sifatnya..Seorang atuk yang menanam benih durian semasa hayatnya, tidakkan menjadi pohon rambutan yang akan dipetik hasilnya oleh cucu dan ciutnya pada ketikanya pohon itu mengeluarkan hasilnya kelak!!! Capaian kita pada hari esok, bermula dengan apa yang dimulakan pada hari ini, pada minit ini dan pada saat ini!!!!! Itulah formula dan SIFIR alam...


Bergambar kenangan di Majlis Iftar berkenaan, kami amat jarang dapat bergambar eksklusif berpasangan berdua-duaan sebegini. Ruang dan peluang yang ada dimanfaatkan sebaiknya


Inilah orangnya, rakan kongsi niaga saya...yang saya percayai, yang saya amat sokong, yang saya akan bekerjasama dengannya sehingga ke akhir hayat..insyaAllah. Jadikan visi 'Jadilah orang yang memberi dengan sebanyak-banyaknya' - (inspirasi kata Laskar pelangi...) dalam menempuh perjalanan menuju destinasi.



Comments

Anonymous said…
MOga kejayaan sentiasa kalian..amin..berkat kerja berpsangan..halalan toiyiban..segalanya untuk ISlam..

Ummushifa'..

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE