Detik Baru Bermula

Langkah yang keempat, pastinya bermula dengan langkah yang bernombor satu atau pertama. Itu adalah pasti. Setiap inci detik ini sangat bermakna. Memaknakan detik untuk dijadikan wadah stimulasi perencanaan akal dan minda. Di sini kita bermula, di sini kita mengorak langkah.



Ayuh, sama-sama kita bangun menjadi hambaNya yang sabar menjana SYUKUR & TAQWA, isteri yang sabar mendidik IMAN, ibu yang sabar menggalas AMANAH anak-anak, anak yang yang sabar menyantuni kedua ibu ayahnya, kedua ibu ayah suaminya, kakak yang sabar mengingatkan masa depan adik-adiknya agar sentiasa berada di landasan, jiran yang sabar mengasihi jirannya, seseorang insan yang sabar merendahkan diri di khalayak masyarakatnya.

Kupohon doa darimu sahabat, agar setiap langkah ini mendapat barakah dariNya. Kerana dirimu sahabat, antara orang-orang yang paling dekat dan antara orang yang dikasihi di hati ini.....

Buat Adik Yusry Yusopp, semoga cita-citamu tercapai dengan sangat cemerlang. Kita punyai misi dan visi untuk dilangsaikan. Demi Islam dan ummah ini. Pastinya untuk bekalan di hari esok, di satu alam yang tidak pasti bagaimana nasib kita....Ya Rahman, bantulah kami...Ya Rahim, kasihanilah kami....


Comments

UMMUSHIFA' said…
Tempuhlah setiap perkara dengan sabar dan solat..sahabat..doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu..mengingatimu sahabat umpana mengingati setiap inci perjuangan kita bersama..dari mula kita mengenal perjuangan dan rupanya inilah penerusan pada setiap cita-cita kita..moga terus diberkati dan dirahmati serta dimudahkan urusan dunia akhiratmu..

p/s: Tak guna JCM?nampak NAK je kat depan umah...
Pohonhijau said…
Syukran ya ukhti. Sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, Allah telah janjikan naungan ketika tiada siapa mampu menolong ketika di mahsyar kelak...insyaAllah..

JCM dah dua minggu rosak tersadai kat rumah mak...tu yg pakai NAK..;)

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE