Suarakanlah Katamu

Terlalu banyak ingin dikongsikan, namun masa terlalu amat mencemburui. Itulah petanda jelas kiamat semakin hampir. Petang semalam, semasa balik dengan abi, hujan baru nak turun rintik-rintik. Ketika kami memasuki simpang, kelihatan, sebuah motosikal yang dinaiki seorang anak sekitar umur 3 tahun,kanak-kanak perempuan berbaju merah, duduk paling hadapan, kemudian si ayah, kemudian siibu yang meriba juga si anak kecilnya sekitar umur belum pun setahun! Siibu menenangkan bayinya yang mula merengek-rengek kerana dibasahi hujan yang baru rintik itu. Pasangan itu berbangsa India. Mereka menunggu untuk diberikan laluan untuk melintasi simpang tersebut. Sangat meruntun jiwa.

Apalah sangat menaiki NAK 8583 yang berkapasiti besar, walaupun kami menggunakan khidmatnya yang cuma berdua ini ke sana dan ke mari sejak seminggu dua ini, yang tiada air-cond, itu sudah cukup sangat selesa kerana sepanjang perjalanan kami mampu berteduh daripada panas dan hujan. Ini tarbiyyah jiwaku, ini tarbiyyah anak-anakku, ini tarbiyyah suamiku...sujud syukurlah kalian!!! Bersujudlah kalian kerana Allah masih lagi mahu mendengar rintihan kita, bersyukurlah kalian Allah masih lagi mahu mentarbiyyah kita!!! Nikmat teragung dan terulung! Nikmat sabar dan nikmat mengunci mati hati dan lidah untuk TIDAK membutirkan keluh, resah, rungut, benci, tidak suka, tidak selesa!!!

"Abang, nak tak kita buat amal?" kataku, memecahkan kesunyian ketika kami baru sahaja sampai di perkarangan rumah.

"Buat amal? Amal apa?" tanya abi.

"Kita hantar mak cik India tadi ke rumahnya..." jelasku.

Allah, bantulah mereka untuk sampai ke rumah dengan selamat. Payungilah mereka dengan awanmu sepanjang perjalanan mereka hingga ke rumah....kasihanilah mereka....amiinn Ya Rabbi.

Hanya itu doa yang mampu kami panjatkan untuk pak cik dan mak cik India tadi. Nak ke sana semula mendapatkan mereka, macam sangat mustahil kerana 'jammed" agak teruk nak sampai ke simpang itu dengan van. Itulah interaksi alam..


Kami sekeluarga menyusun ampun dan maaf atas segala keterlanjuran kata dan kesilapan sepanjang perkenalan kita. Safwan, Yuzi, Aliyah Husna, Abdullah Muaz, Aisyah Salwa.

Comments

fairuspeng said…
nak motor dalam hujan memang perit..
pengalaman balik keje dalam hujan memang tak dapat lupa...
tapi sampai sekarang walau hujan.. redah juga....
lagi bawa anak memang kesian betul la...

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE