3 Nov 09; Abdullah Muaz, 2 tahun!!

Alhamdulillah, kami memanjatkan syukur kepada Yang Maha Memberikan nikmat dan segala kurniaan ini...Alhamdulillah Ya Allah!!, Ampuni kami Ya Allah, pandu dan bimbinglah kami Ya Allah!!!

Hanya doa yang kami pohon atas kurniaan amanah ini, lafaz kesyukuran terucap pantas apabila telah selamat lahir seorang lagi amanah kami yang kedua pada tanggal 3 November 2007, jam 9.20 malam. Malam itu juga kakak Long Aliyah, Wan, Achik, mak Uda, Cu Chin, Atuk datang tengok adik Muaz....

Terima kasih Ustaz Zahazan Mohamed yang sangat kaya dengan senyuman, kerana sudi meluangkan masa mentahnik Abdullah Muaz di Darul Fuqaha. Alhamdulillah, doakan kami supaya mampu menggalas amanah ini sebaiknya, dan semoga Abdullah Muaz faqih dan fasih seperti ustaz....doakan kami...

Masa akan terus berlalu, sifatnya ia datang dan pergi...semoga menjadi hamba Allah yang Soleh anakku...belajar dan terus belajar di dunia yang semakin mencabar ini anakku...


Berumur 3 jam ketika di Annur, Bangi. Dr Khamsiah yang menyambutnya....sangat menenangkan berkenalan dengan Dr. Khamsiah. Terima kasih Dr. Khamsiah..
Dr. Fatimah waktu tu ada emergency called..

Abdullah Muaz berumur 4 bulan, bersama kakak tersayang...yang ketika itu umurnya baru mencecah 1 tahun 10 bulan...untung Muaz ada kakak...Umi tak ada kakak kandung...tapi kakak lain tu ramaaaiii sangat...alhamdulillah. Muaz jaga kakak dan adik Aisyah baik-baik ye...

Muaz ketika umurnya 1 tahun 1 bulan...baru boleh berjalan...Ummi abi tak larat nak kepung dah....

Kesukaan mereka, ikut abi gi surau....siap sedia dengan kopiahnya...


Bersama anggota generasi Dynamic yang sangat bermakna...generasi pelapis yang sarat dengan doa dan pengharapan, lagi amanah..di Kuala Kangsar...



Seronok tak terkata bila dapat ikut abi...pergi surau...semoga dikau menjadi pencinta / pengimarah rumah Allah, anakku..

Sehari selepas kelahiran adiknya, Aisyah Salwa...mencium adik tersayang..ketika masih lagi di Annur, sebelum bersiap-siap untuk bertolak pulang...


Ini adalah aktiviti yang sangat disukai...kalau tidak memegang penyapu untuk menyapu sampah, Muaz akan mem"vakum" lantai di rumah...kena rajin sampai ke besar tau!!!

Ini kawan Muaz, Puteri Nurul Mutmainnah bt Mohd Hafeez bin Ghafur ....@ Ain...kecik-kecik boleh lah duduk macam ni...dah besar esok-esok, tak boleh tau...ingat tu!!

Sedapnya makan mushroom supp...

Bergambar bersama abi, kakak Aliyah dan Abdullah Aiman...cucu kedua "boy" sebelah Atuk Makki...

Sempat lagi mintak cucu sebelum umi dan abi bersiap nak pergi solat sunat Aidilfitri 2009

Dah pakai smart2, alih-alih minum susu, pakai botol pulak tu...
isyk....isyk...isyk...

Bergambar di rumah Atuk Yusof di Chini....

Comments

Pohonhijau said…
sama date dengan cik ati rupanya...Kak Ati RZ!!! "3 Nov"
UMMUSHIFA' said…
HAppy belatedddd birthday buat Abdullah muaz!

dah semakin hensemla..dah jadi orang bujang lah abang muaz tuh..jaga kakak Aliyah dan adik Aisyah ye..besar tanggungjawab abang muaz tau..

MOga menjejaki ustaz zahazan yang butir katanya bernas,cerdas dan padat ilmu serta hikmah..amin

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE