Posts

Showing posts from November, 2009

Bersalin Di dalam Air Kurang Sakit

Image
Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. SECARA umumnya kita mengetahui tentang kelahiran di dalam air menerusi dokumentari yang disiarkan di kaca televisyen. Penulis juga pernah melihat satu dokumentari di mana seorang ibu yang memilih untuk bersalin di dalam air berkongsi pengalaman tersebut bersama sanak saudara dan jiran-jirannya, sungguh mengagumkan. Jika dilihat dari sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran di dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada di dalam uri. Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah s

Isterimu Ketika Susah dan Senang

Image
Semalam sempat saya berbalas pendapat dengan Mustafa, seorang yang berasal dari Libya, sebuah negara Arab. Rupa-rupanya sudah menjadi budaya masyarakat Arab yang mana, para suami memang tidak akan menemani isterinya yang sedang sakit untuk bersalin di hospital. Mereka menyerahkan sepenuhnya kepada jururawat mahu pun doktor, dan bakal bapa ini hanya akan menunggu sahaja di luar labour room sementara menanti anaknya dilahirkan oleh isterinya. "Sekiranya ibu saya tahu yang saya menemani isteri saya di labour room untuk melahirkan, mesti ibu saya akan membaling batu kepada saya!!" terang Mustafa. "Wow!! Kata saya. Jadi awak memang tak pernah menemani isteri awak ketika dia melahirkan anak-anak awak yang dua orang itu?" tanya saya tanda membangkang. "Ya!!! Malah ia sesuatu yang pelik dan seolah-olah amat memaalukan apabila saya berada sekali di dalam labour room itu. Bukan sebab takut melihat darah atau dikhuatiri pengsan melihat isteri sendiri, tapi entahlah....mem

Sepagi Di Bukit Bangkong

Image
Semalam, 15 Nov, kami menemani abi ke Bukit Bangkong, atas memenuhi jemputan sebagai tetamu di majlis ihtifal Pasti Ar-Raudhah. Bukit Bangkong adalah sebuah perkampungan Jawa...seronok melihat kesungguhan muallimah mereka mendidik anak-anak generasi pelapis sehingga ke tahap itu..pandai menghafaz, membaca, mengira dan menulis, 3 M. Alhamdulillah, tidak rugi beriltizam dengan kesabaran..kerana hasilnya sangat manis. Bukan mudah dan bukan sebarangan orang mampu menggalas amanah ini sebaiknya dalam mendidik anak-anak sekecil 4 tahun untuk pandai membaca, menghafaz, menulis, bersolat, mendidik akhlak Nabi...Tahniah muallimah, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Sementara abi memberikan celoteh, kami menunggu di dalam kereta, kerana Aliyah dan Muaz tidur. Jadi umi pun bersembang dan berposing dengan Aisyah.... Gelak tak control dah.....nampak belum ada gigi.. Dah puas sembang dan gelak, ngantuk la tu...a part of growing Aisyah!!! Membesarlah kamu anak-anakku dengan iman...

Sekitar November!!!

Image
Kakak Aliyah Husna yang banyak membantu Abi, Umi dan sangat gembira 'entertain' adik-adiknya yang dua orang itu, Muaz dan Aisyah!!! Baru balik dari sekolah.....terus ambil biskut..lapar katanya.. Adik Aisyah Salwa sentiasa berusaha sehabis baik untuk join aktiviti kakak dan abangnya... Eksklusif dengan Abi dan Umi di One Steak...nak belanja birthday boy la tu..... A delicious blueberry cake from Pak Ngah n the gang!! Selepas menjamu nasi Kg. Sg. Merab Ulu dan beberapa biji durian fresh dari kebun, tibalah saatnya meraikan 'birthday boy' Abdullah Muaz yang kedua tahun...boleh la sekali harung dengan birthday Pak Ngahnya...7 Nov baru ni... Menerima kunjungan daripada skuad tentera udara yang baharu lepas menjalani latihan graviti di Subang...semuanya tengah kelaparan...alhamdulillah, jamu nasi seperiuk, habis juga nasikku yang seperiuk itu!!! Rombongan ini juga pernah sampai ke Felda Chini pada cuti sebelum Ramadhan, beberapa bulan yang lepas...berjuanglah demi agamamu..

pohonhijau

Image

Semarak Pengalaman

Image
Pengalaman itu sifatnya sangat kaya. Lebih kaya daripada memiliki duit RM berjuta. Siapa menyangka seorang pak cik yang hampir separuh abad, berperwatakan sangat sederhana, golongan marhain, tambahan pula cacat sebelah matanya, sambil kami makan di hadapan gerainya, dia datang membawa semuatan pengalaman, ternyata dia sangat-sangat mahu berkongsi. Alhamdulillah. Berkongsi pengalamannya yang sangat lumayan daripada menjadi kaya. Kalau dapat peluang, belajarlah setinggi mungkin. Sangat tidak rugi mencari ilmu terutamanya di negara orang. Belajar dari pengalaman, belajar hasil pengembaraan. Bawa anak-anak, tak kisah...bawa mak dan ayah apatah lagi... "Tidak mengapa kerja jadi "cleaner", carilah majikan seperti bank @ pejabat pos, jangan cari sekolah atau hospital...teruk sikitlah kerjanya...ada juga yang pernah menjadi guard, sambil mengawal sepanjang malam di dalam bilik kawalan, sambil menyiapkan satu thesis. Yang penting, TAHU, KREATIF dan MAHU!!! Itu saja! Boleh, insy

3 Nov 09; Abdullah Muaz, 2 tahun!!

Image
Alhamdulillah, kami memanjatkan syukur kepada Yang Maha Memberikan nikmat dan segala kurniaan ini...Alhamdulillah Ya Allah!!, Ampuni kami Ya Allah, pandu dan bimbinglah kami Ya Allah!!! Hanya doa yang kami pohon atas kurniaan amanah ini, lafaz kesyukuran terucap pantas apabila telah selamat lahir seorang lagi amanah kami yang kedua pada tanggal 3 November 2007, jam 9.20 malam. Malam itu juga kakak Long Aliyah, Wan, Achik, mak Uda, Cu Chin, Atuk datang tengok adik Muaz.... Terima kasih Ustaz Zahazan Mohamed yang sangat kaya dengan senyuman, kerana sudi meluangkan masa mentahnik Abdullah Muaz di Darul Fuqaha. Alhamdulillah, doakan kami supaya mampu menggalas amanah ini sebaiknya, dan semoga Abdullah Muaz faqih dan fasih seperti ustaz....doakan kami... Masa akan terus berlalu, sifatnya ia datang dan pergi...semoga menjadi hamba Allah yang Soleh anakku...belajar dan terus belajar di dunia yang semakin mencabar ini anakku... Berumur 3 jam ketika di Annur, Bangi. Dr Khamsiah yang menyambutny