Isterimu Ketika Susah dan Senang

Semalam sempat saya berbalas pendapat dengan Mustafa, seorang yang berasal dari Libya, sebuah negara Arab.

Rupa-rupanya sudah menjadi budaya masyarakat Arab yang mana, para suami memang tidak akan menemani isterinya yang sedang sakit untuk bersalin di hospital. Mereka menyerahkan sepenuhnya kepada jururawat mahu pun doktor, dan bakal bapa ini hanya akan menunggu sahaja di luar labour room sementara menanti anaknya dilahirkan oleh isterinya.

"Sekiranya ibu saya tahu yang saya menemani isteri saya di labour room untuk melahirkan, mesti ibu saya akan membaling batu kepada saya!!" terang Mustafa.

"Wow!! Kata saya. Jadi awak memang tak pernah menemani isteri awak ketika dia melahirkan anak-anak awak yang dua orang itu?" tanya saya tanda membangkang.

"Ya!!! Malah ia sesuatu yang pelik dan seolah-olah amat memaalukan apabila saya berada sekali di dalam labour room itu. Bukan sebab takut melihat darah atau dikhuatiri pengsan melihat isteri sendiri, tapi entahlah....memang dah jadi budaya lah di sana..."

Wanita Super

"Hatta wanita-wanita Arab yang tinggal di pedalaman, mereka melahirkan bayi mereka sendiri, memotong tali pusat bayi mereka sendiri, membersihkan bayi mereka tanpa bantuan sesiapa"

"Ya mereka sangat kuat, kerana kehidupan mereka setiap hari buat kerja yang lasak-lasak, berkebun dan sebagainya, sebab itu kesakitan yang mereka alami ketika bersalin itu hanya satu perkara kecil yang mana mereka dapat mengatasinya dengan sendiri dan tidak berasa terlalu lemah"

"Iye....?"

Memang saya akui, malah di Malaysia juga moyang anyang kita dahulu pun, mana bergegas ke hospital, semuanya bersalin di rumah. Kalau sempat Mak Bidan sambut, dan kalau tidak sempat sangat si suami yang menyambut. Bila ditakdirkan suami tidak ada, sesiapa lah yang sempat atau sendirian, menolak perut dengan tangan sendiri, mengeluarkan uri dengan tangan sendiri, memotong tali pusat sendiri...semuanya sendiri!

Sekarang segalanya sudah berubah. Gaya hidup turut berubah. Tahap kerintangan terhadap sakit juga berubah. Malah disiapkan dengan alternatif lagi..."Puan nak epidural?" "Puan nak injection tahan sakit?"


Malah kata Mustafa, di Sudan, pernah terjadi seorang wanita melahirkan anaknya di atas pokok!!! Kebanyakan wanita kulit hitam ini melahirkan anak mereka dalam keadaan berdiri, supaya bayi mereka kuat apabila "pluup" lahir jatuh ke bawah. Di samping memudahkan kelahiran yang mana mengikut arus graviti. Mereka sengaja membiarkan bayi mereka jatuh ke bawah supaya mereka menjadi kuat.

Isu Budaya vs Kemanusiaan


Sedangkan Adam yang tinggal di syurga Allah pun memohon kepada Allah agar dikurniakan teman lantaran hidup kesunyian keseorangan walaupun di syurga itu dilimpahi nikmat dan barakah yang sangat banyak. Inikan pula manusia biasa yang sering terdedah dengan masalah sosial dan keruntuhan akhlak terutamanya di kalangan golongan tiang negara, wanita. Wanita yang mendedahkan auratnya di luar rumahnya tanpa ada perasaan bersalah kepada Tuhan yang menciptanya, Tuhan yang menyuruhnya agar menutup segala auratnya.

Hakikatnya keperluan lelaki mahupun wanita, sifatnya mahu berteman. Berkongsi suka dan susah. Menikmati kehidupan yang penuh nikmat dalam mahligai rumah tangga. Suka berkongsi dengan isteri. Bukankah lebih baik sekiranya turut sama menemani isteri bertarung nyawa kerana melahirkan zuriat keturunan kamu!! (Ini bagi kes yang hospital membenarkan suami untuk menemani isteri di labour room, tetapi si suami ini tidak mahu berbuat demikian tanpa alasan munasabah).



Bukankah ini naluri kemanusiaan, membantu kekasih kita yang dalam keadaan susah. Bila saya mendengar cerita Mustafa, saya rasa sangat bersyukur dikurniakan seorang suami yang tidak canggung untuk membantu malah memberikan sepenuh sokongan dan harapan ketika waktu-waktu kritikal begitu. Terima kasih abi!!! Sesungguhnya aku memohon redhamu. Hanya dengan redhamu, baharulah redha Allah memayungiku. Ya Allah, kasihi suamiku, lindungi suamiku, redhailah perjuangan suamiku. Berilah dia petunjuk agar dia dapat memandu kami ke arah redha dan kasih sayangMu. Amin....Bersujudlah, bersyukurlah....


Comments

Rasulullah contoh terbaik yg terlembut terhadap isteri dan semua wanita
Pohonhijau said…
Ya betul tu normi...sama-sama kita doakan yang terbaik untuk kita...
fairuspeng said…
kenapa sampai begitu sekali..
meremang bulu roma mendengarnye...

kalau kat malaysia orang asli saja kot macam tu..huhu

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE