Semarak Pengalaman

Pengalaman itu sifatnya sangat kaya. Lebih kaya daripada memiliki duit RM berjuta. Siapa menyangka seorang pak cik yang hampir separuh abad, berperwatakan sangat sederhana, golongan marhain, tambahan pula cacat sebelah matanya, sambil kami makan di hadapan gerainya, dia datang membawa semuatan pengalaman, ternyata dia sangat-sangat mahu berkongsi. Alhamdulillah. Berkongsi pengalamannya yang sangat lumayan daripada menjadi kaya.


Kalau dapat peluang, belajarlah setinggi mungkin. Sangat tidak rugi mencari ilmu terutamanya di negara orang. Belajar dari pengalaman, belajar hasil pengembaraan. Bawa anak-anak, tak kisah...bawa mak dan ayah apatah lagi...

"Tidak mengapa kerja jadi "cleaner", carilah majikan seperti bank @ pejabat pos, jangan cari sekolah atau hospital...teruk sikitlah kerjanya...ada juga yang pernah menjadi guard, sambil mengawal sepanjang malam di dalam bilik kawalan, sambil menyiapkan satu thesis. Yang penting, TAHU, KREATIF dan MAHU!!! Itu saja! Boleh, insyaAllah, pak cik doakan..."

Seperti pucuk dicita, ulam mendatang, seperti juga dah megantuk, disorongkan bantal. Demi matlamat yang satu, kami memohon panduan dan petunjukMu Ya Rabbi, kami mohon redhaMu Ya Allah.

Tidak ramai yang mampu berkongsi sebegitu. Tidak ramai yang mampu mendidik begitu. Tidak ramai yang mampu menyalakan api motivasi sebegitu rupa kepada sesiapa sahaja yang tidak dia kenali. Jangan disangka, walaupun hanya seorang pak cik yang buta sebelah mata, yang hanya bekerja sendiri dengan menjaga gerai yang menjual cucur udang sahaja.....sekaya itu pengalamannya. Rezeki Allah Maha Luas, cuma mahu tidak mahu sahaja kita menggalinya sedalam dan sesungguh mungkin!!!

Ayuh sahabat, semarakkan pengalamanmu!!!

Comments

UMMUSHIFA' said…
belajar mencari hikmah dalam setiap kejadian,tindakan dan pengalaman...

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE