Sepagi Di Bukit Bangkong

Semalam, 15 Nov, kami menemani abi ke Bukit Bangkong, atas memenuhi jemputan sebagai tetamu di majlis ihtifal Pasti Ar-Raudhah. Bukit Bangkong adalah sebuah perkampungan Jawa...seronok melihat kesungguhan muallimah mereka mendidik anak-anak generasi pelapis sehingga ke tahap itu..pandai menghafaz, membaca, mengira dan menulis, 3 M.

Alhamdulillah, tidak rugi beriltizam dengan kesabaran..kerana hasilnya sangat manis. Bukan mudah dan bukan sebarangan orang mampu menggalas amanah ini sebaiknya dalam mendidik anak-anak sekecil 4 tahun untuk pandai membaca, menghafaz, menulis, bersolat, mendidik akhlak Nabi...Tahniah muallimah, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Sementara abi memberikan celoteh, kami menunggu di dalam kereta, kerana Aliyah dan Muaz tidur. Jadi umi pun bersembang dan berposing dengan Aisyah....


Gelak tak control dah.....nampak belum ada gigi..



Dah puas sembang dan gelak, ngantuk la tu...a part of growing Aisyah!!!
Membesarlah kamu anak-anakku dengan iman...

Comments

Comeynya Aisyah ni kiss3x

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE