pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Bahagia Itu Nikmat

Berbahagialah di atas nikmat kebahagiaan, kerana bahagia itu satu rahmat, satu anugerah, satu nikmat dari Tuhan kepada hambaNya. Bersyukurlah atas pemberiannya, nescaya nikmat itu akan digandakanNya lagi atas syukur yang tidak berbelah bahagi itu...insyaAllah.

Bahagia dikurniakan anak yang baik, bahagia mempunyai pekerjaan yang baik, bahagia mempunyai rumah yang baik, bahagia punyai ibu dan bapa mertua yang penyayang, bahagia punyai kenderaan yang baik, bahagia selepas melangsaikan hutang, bahagia punyai SAHABAT yang menyayangi kerana manusia itu fitrahnya ingin menyayangi dan disayangi, memberi dan menerima. Sifir yang sangat mudah, namun impaknya sangat mendasar ke hati sanubari nurani insani.

Terima Kasih Atas Kunjungan (22 Nov 2009)

Sahabat Zalin yang datang dari Johor dengan suami, sahabat Shu dan Hafeez yang datang dari Klang. kehadiran kalian sememangnya mencambah ceria dan bahagia. Walaupun ada satu misi malam itu yang telah dirancang, namun tidak kesampaian, nak ziarah sahabat Ein dengan baby Ammarshafi, Zaman dan kakak Shifa'...tapi apakan daya, apabila si kecil telah bersuara, suaranya juga kadangkala amat berpengaruh juga untuk dipersetujui kehendaknya. InsyaAllah doa dan harapan sentiasa menggunung agar Allah mengurniakan rezeki yang lain yang lebih baik lagi untuk dipertemukan dengan sahabat seperjuangan yang dikasihi, lagi disayangi.....




Munirah dan ayahnya....


Kunjungan Sahabat Yang Jauh, Yudi dan Khairina (23 Nov 2009)

Terima kasih buat sahabat yang sudi berkunjung. Membawa perkhabaran dari pakatan sahabat utara tanah air. Kegembiraan menatap wajah sahabat yang ketika itu hanya diwakili abi sahaja, insyaAllah Yudi bakal menjadi ayah pada Mac 2010. Berbahagialah wahai sahabat, kamu layak berbahagia.



Kunjungan Nasih Ulwan Bin Muhammad Hisommudin Bin Bakar (28 Nov 2009)

Memaknakan sebuah kunjungan persahabatan di Aidiladha penuh makna. Baby Ulwan yang baru 48 hari begitu mengakar semangat berukhuwwahnya, amat patut sangat dicontohi. Semoga kalian generasiDynamic membesar dengan ukhuwwah fillah dalam meneruskan ukhuwwah kami sesama ibu-ibu dan bapa-bapa gD, insyaAllah. Memaknakan sebuah ukhuwwah untuk menyumbang sedaya dan seadanya kepada ummah...



Tahniah Buat Sahabat Ibu Azlina & Sdr Hafiszi (4 Dis 2009)

Tahniah buat kalian yang telah dikurniakan Allah seorang bayi lelaki buat penambah ceria bahagia keluarga kalian terutamanya peneman seorang abang kecil, Abang Hakimi. Alhamdulillah segalanya telah dimudahkan Allah. Berdoalah semahunya, kerana Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang, bukan?Alhamdulillah, itulah kalimah yang selayaknya lagi sebaiknya ditujukan buat Yang Maha Pencipta, lagi Maha Memberi.


Dalam memaknakan sebuah pertemuan dan ukhuwwah


Selamat Menempuh Alam Rumahtangga Buat Ala & Zahari (5 Dis 2009)

Buat pasangan baru Siti Hasrah dan Zahari, berbahagialah kalian atas jodoh kurniaan Tuhan. Semoga berbahagia kalian hingga ke syurga. Alam rumahtangga yang baru ini sangat membahagiakan, jadi burulah cintaNya, selami kasihNya, galilah permataNya dalam alam yang penuh dengan kasih sayang ini, mawaddah wa rahmah...ingatan ini juga ditujukan buat diri si penulis dan si mata yang membaca...

Semestinya alam ini ada cabarannya yang tersendiri, sama-samalah kita memohon agar petunjuk Allah sentiasa memandu bahtera yang dilayari ini, insyaAllah.



Terima Kasih Sahabat Kami, Ana & Shahrul (6 Dis 2009)

Sesungguhnya hati dan perasaan ini tidak boleh ditipu. Sungguh dan benar sekali. Sesungguhnya Allah jua tempat kami memanjatkan kesyukuran kerana mengizinkan kami sampai ke sana menemui sahabat yang sekian lama memendam rindu...

Pada mulanya Allah memberi sedikit ujian kepada kami, kami telah pun membatalkan niat dan perancangan kami untuk ke Melaka. Sementelah tidak sempat untuk mengejar masa menghadiri kenduri Ala, maka hujah untuk membatalkan hajat ke Melaka justeru dibatalkan agak kuat dan dominan.

Hati kami rupanya meronta dan sedikit tidak tenang, kerana keputusan yang dibuat. Bukan saya sahaja berperasaan begitu, malah Abi Safwan juga begitu. Akhirnya kami memutuskan untuk turun juga ke Melaka iaitu menuju ke rumah Rohana walaupun jam menunjukkan pukul 7.00 malam. Tidak mengapalah, datang ke sana untuk berziarah dan dapat tidur semalaman. Kami bertolak lepas maghrib, jam 8.00 malam. Alhamdulillah, kami sampai menghampiri jam 10.00 malam. Syukur Ya Allah, atas izinMu menemukan kami sahabat yang pernah ketawa dan menangis suatu masa dahulu.


Rohana, sahabat yang paling akrab, selalu kubonceng dengan JEE, YPM menjadi penginapan keduaku selepas RZ...surau YPM siswi itu menyaksikan segalanya. Biarlah pengalaman itu didiarikan di angin lalu, kerana setiap hembusan angin yang datang dan pergi itu, sentiasa membawa coretan yang sentiasa menghijau subur.

Hari ini, ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dengan abang, "Alhamdulillah, lega dah hatinya kan abi.....?" "Alhamdulillah" abi menjawab. Bila hati sudah berhajat, jika tidak diturutkan sekiranya mampu, alamatnya mandi tak basah, tidur pun tak lena, hati pun sentiasa meresah, pujuk pun macam tak 'makan' je...



Sesungguhnya,ingin sekali aku sampaikan, kehadiran kamu semua amat membahagiakan. Ukhuwwah itu indah, sangat indah..oleh itu Allah sangat sukakan sesuatu yang indah-indah.....

2 comments:

fairuspeng said...

wah.. akhirnya ada juga wajah kak zalin.. lama sangat dah tak tengok dia..

sahabat dan ukhuwah..
peng kuatir.. perkahwinan boleh merencat segalanya

12 December 2009 at 07:13  

Terlalu besar sebenarnya hikmah dan nikmat mencari pasangan yang sekufu fikrah..insyaAllah boleh manjadi asas yang kukuh ukhuwwah dalam berjamaah..doa bersungguh dalam mendapatkannya, insyaAllah, Allah Maha Mendengar lagi Maha Menentukan..

14 December 2009 at 06:44