Menyuburi Ukhuwwah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Memberi, lagi Maha Penyayang. Kesyukuran hanya dilimpahkan kepadaNya atas limpahan rahmat dan nikmat yang sangat banyak. Alhamdulillah.



Sabtu, 19 Dis 2009

Ruang masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke Subang Jaya. Alhamdulillah atas dipermudahkan urusan yang dihajati di sebuah seakan gudang yang dipenuhi rahmat insyaAllah, lantaran sikap dan toleransi yang tidak berbelah bahagi yang diberikan. Kami sangat berpuas hati yang ditunjukkan oleh CEO yang sikapnya merumput, Tahniah buat Kak Latifah..and your dedicated team members!!

Jam 1.00 tengah hari kami meninggalkan Subang untuk menuju ke Puchong. Menghadiri kenduri sahabat Abi yang juga adik bongsu Kak Pidah. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati pasangan pengantin walaupun dalam keadaan ibu Kak Rafidah yang sedang diuji, sakit. Semoga Allah melindungi sang Ibu yang sangat banyak berjasa, semoga Allah memberikan kesembuhan, kesabaran dan ketenangan atas ujian Allah.

Ustaz Izwan yang 'mantain' berisi, sempat lagi menitipkan nasihat, "Yuzi, nanti pesan kat Safwan, lepas ni slow-slow sikit...."..Haha, apa yang nak kena slow? Hmmmm...bawa kereta kut...;), yelah, lepas ni nak jalan jauh, kan....insyaAllah...

Kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Solat jamak di RR Seremban, tersangat la ramainya orang..Perjalanan diteruskan menuju ke Tampin, untuk bermalam di rumah Wan.

20 Dis 2009, Ahad

Jam 10.30 kami bertolak dari rumah Wan, menuju ke rumah Us Jije n Kak Jannah. Sampai-sampai sahaja, depa jamu makan ais krim, makan tengah hari, sup tulang, sangat menyelerakan. Ditambah lagi pula dengan manisan bubur jagung...MasyaAllah, what a very warmest welcome!! Thank you so much, God bless all of you!! Semakin membesar hero-hero mereka, Faruqi, Nasra dan Yahya. Allah merahmati kalian hingga ke syurga!! InsyaAllah.



Jam 3.00 petang, kami singgah ke rumah ibu Kak Sahreah. Masih tidak berkesempan untuk bersua dan singgah seminit dua di kediaman Kak Sahreah. Maafkan kami atas keterbatasan waktu yang ada.

Perjalanan memenuhi misi dan hajat masih diteruskan. Kami melalui jalan dalam untuk menuju ke Tanjung Sepat, Sepang. Melalui Masjid Tanah, Alor Gajah, Port Dicson, Lukut, Bagan Pinang, Sungai Pelek. Alhamdulillah Abi tak mengantuk, malah saya yang tersengguk-sengguk. Mungkin ini balasan Allah kerana melabelkan Abi yang sangat biasa mengantuk dan tersengguk terutama ketika di dalam perjalanan dalam kenderaan.

Sekitar 5.30 petang kami sampai ke Kampung Tembok, meraikan kenduri anak sepupu ayah. Ayah tidak dapat menghadiri kenduri, lalu mewakilkan kami. Begitulah hajatnya. Ketika kami sampai, tuan rumah dan tenteranya sedang mengemas rumah. Terasa bersalah juga kami dibuatnya. Namun, sikap mereka yang sangat memuliakan tetamu, menghargai tetamu Paman Rahim dan Paman Bani yang sangat lembut tutur bicaranya, melenyapkan rasa bersalah kami.
Kami dijamu seadanya, tidak cukup dengan itu, semasa hendak pulang pula kami dibekalkan dengan macam-macam buah tangan!!! Sudah menjadi adat orang Jawa mungkin, begitu...

Kami tidak terus pulang ke rumah, tetapi menyinggah lagi di rumah ibu saudaraku di Tanjung Sepat, tidak jauh dari Kampung Tembok. Kami berehat, menumpang solat dan mandi kanak-kanak yang keletihan dua hari dalam perjalanan. Cik Nah adik bongsu mak saya. Ternyata Aliyah, Muaz dan Aisyah sangat gembira bermain dengan mak cik dan pak cik mereka (anak-anak Cik Nah) yang masih kecik itu...Pak Cik Aiman (Darjah 3) yang baru 2 minggu bersunat, masih lagi mengenakan kain pelikat, seronok melayan anak-anak buahnya. Mak Cik Ain (Darjah 4) dan Mak Cik Anis (6 tahun) sangat gembira bermain dengan Aliyah dan Aisyah!! Muaz bermain dengan Pak Cik Azizi (3 tahun)....Pastinya mereka merindui saat-saat sebegini selepas daripada ini....


Kami bertolak pulang sekitar jam 9 malam. Kasihan Abi, memandu dengan mata yang mengantuk. Beberapa kali juga percubaan untuk berhenti dan tidur sekejap di tepi jalan, namun perjalanan tetap diteruskan kerana tiada tempat yang sesuai. Kawasan Dengkil itu sangat sunyi dan gelap. Umi memang dah tertidur. Maafkan Umi, bukan kerana tidak mahu memahami, tetapi tindakan luar kawal.....mengantuk di tahap yang tidak dapat dikawal....(mungkin kerana malam tadi, Aisyah kerap terjaga)....Alhamdulillah, kami sampai di rumah jam 11.45 malam. Syukur Ya Allah atas perlindunganMu.....Sesungguhnya perjalanan kami seawalnya kami telah niatkan untukMu, untuk tuntutan silaturrahim, hanya kerana kami menginginkan redha dan kasihMu, Ya Allah.



Rupanya dalam masa dua hari ini, kami telah singgah menautkan ukhuwwah sebanyak 7 buah rumah. Alhamdulillah.....betapa nikmatnya ukhuwwah fillah itu sahabat!!!

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE