Posts

Showing posts from January, 2010

Perjuangan Seorang 3

Image
Benarlah segalanya adalah perancangan yang datangnya dari Allah. Segala yang berlaku itu semuanya dari Dia. Tidak perlu dan usah lagi disangkal. Persis dan jitu. Menjadi Hebat Satu Pilihan Bila dibuat penyelidikan, ditanya soalan kepada semua orang di dunia ini,"Adakah kamu mahu menjadi hebat?" Sudah pasti hampir 100 % memberikan jawapan "Ya, saya mahu menjadi hebat!" Menjadi hebat seperti siapa, dan menjadikan item apa yang mahu dihebatkan itu adalah persoalan kedua. Semua mahu menjadi hebat dengan acuan masing-masing. Dengan proses 'menjadi hebat' jalan masing-masing. Seperti mana ingin menjadi dodol yang hebat dan sedap! Lagi lama dikacau, lagi tanak, lagilah sedap. Apatah lagi kalau dodol yang dikacau dengan jerih perih payah mayah itu adalah dodol yang berperisa durian dan sebagainya. Biarpun prosesnya lama, tapi matlamatnya hanya satu! Ingin menjadi dodol yang hebat! Dodol yang sedap! Biarlah Mak Cik Semah asyik ditegur oleh Mak Cik Sarah, mengapa dod

Berkelana Di Bumi Tuhan

Image
Aku berkelana di bumi Tuhan Bumi milik Tuhan Isinya juga milik Tuhan Mencari satu jawapan kepada banyak persoalan Persoalan hidup, bekalan hati dan iman Aku berkelana di bumi Tuhan Ke satu arah yang rawak sekali Serawak zarah mengeliling nukleus Semata untuk menjadikannya bebas dan kukuh!! Aku berkelana di bumi Tuhan Mencari dan terus mencari Penemuan kepada satu titik yang bisa memancar Memancar sinar buatku Lantas seisi alam Aku terus berkelana hari ke hari Not-not seakan berterbangan Membayar tambang sebuah perkelanaan Petrol, nasi dan lauknya Hari ke hari Aku berkelana di bumi Tuhan Kerana aku amat yakin di sana Di penghujung jalan nanti Aku bertemu kepada jawapan Sepertimana jawabnya 2 + 2 = 4 Lantas!! Membayar sekaligus tahunku yang berlalu Buat sahabatku yang dikasihi, berkelanalah kita, kerana tujuan kita adalah SATU!! Ukhrawi yang abadi...

Air Mata Tarbiyah

Image
"2, 4, 6, 8, 10" seringgit. "2, 4, 6, 8, 10" dua ringgit. Ligatnya dan penuh berhati-hati jari Anis mengira syiling di kotak syiling di bahagian dashboard kereta, sambil si suami memandu penuh perhatian. Menuju ke sebuah warung untuk pasangan ini mengisi perut yang kian meronta untuk diisi. Lapar. "Allah uji kita sungguhkan, Anis?" balas Faris. "Ujian itu kan tanda Allah sayang...kalau Allah tak bagi ujian sebegini, mungkin kita makin jauh dengan Allah...siapa tahu?" Anis menenangkan perasaan suaminya. Dia tahu Faris sedang merasa serba salah dengan kekangan kewangan yang berlaku dari sehari ke sehari. Sehelai demi sehelai duit tabungan mereka, tabung perniagaan, diambil untuk membeli barang dapur, kalau tidak manakan berasap. Anak-anak lagi, amanah yang perlu dilangsaikan tanggungjawabnya sebagai ayah dan ibu yang menyara hidup mereka. Lantaran Faris tidak menerima gajinya pada bulan lepas, kerana syarikat tempat dia bekerja mengalami sedikit ma