Realisasi Impian Bersama - gD

Dari jauh dan dekat, kami datang menyahut seruanmu gD!!
gD untuk ummah, pemimpin-pemimpin umat!!

Kami teguh berdiri di belakang kalian wahai imam-imam umat Islam!!!! Bersama generasi yang kami lahirkan ini, semoga Allah memberikan petunjuk dalam memandu umat ini seterusnya melindungi penerus mata rantai kami ini untuk terus berada di jalan yang Kau Redhai, Ya Rabb.


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang atas limpahan rahmat ukhuwwah ini. Kesyukuran atas pertemuan sahabat seperjuangan gelak dan tawa, sendu dan tangis.

Tampuk kepimpinan silih berganti, namun setiap daripadanya punyai tujuan yang satu..menempa nama bukan kerna nama dan wang, supaya dikenali dan lebih mengenali siapa dan tujuan apa kita diciptakan dan dilahirkan ke atas muka bumi ini. Tidak lain dan tidak bukan untuk memakmurkan bumi ini dengan pancaran rahmat Allah.


Tidakkan Wujud Rebung Jika Tiada Si Induk Buluh!


Tahniah buat sesi kepimpinan saudara kami, Ustaz Mohd Hafiszi Othman yang telah banyak berusaha dan bertungkus lumus untuk kemandirian gD (generasi Dynamic) yang kita sayangi ini. Entah kenapa, sedih dan sebak, malah bergenang kelopak mata ketika menaipkan bait-bait perenggan ini. Entahlah, orang mukmin diumpamakan apabila dicubit paha kanan, paha kiri juga turut merasa sakitnya...begitulah yang kami rasakan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jerih, luka, lapar, getir dan sempit bekas presiden dan angkatan pimpinannya sepanjang tempoh 3 tahun tampuk kepimpinan mereka. Semoga Allah menghadiahkan segala yang dilalui sebagai jariah ketika di sana.


Tahniah dan takziah untuk kepimpinan baru. Semoga Allah bantu dan menguatkan kita semua ahli gD dalam merealisasikan impian kita bersama!!! Tiada kepimpinan tanpa ahli, malah tiada ahli juga tanpa kepimpinan. Bersatulah wahai hati-hati sahabat gD, buangkan segala yang keruh, payau dan pahit, malah usah langsung dikenang segala kepahitan dan aura negatif yang membelenggu fikiranmu. Ayuhlah mara ke hadapan dengan ikatan hati yang berukhuwwah kerana Allah, rantaian tangan yang bergenggam erat menuju matlamat yang satu. Hidup ini tidak lama sahabat, semoga ikatan hati kita ini diterima Allah untuk mendapat kategori antara 7 golongan yang akan dipayungi di Mahsyar kelak. Dua sahabat yang bercinta kerana Allah, berkumpul dan berpisah kerana Allah, insyaAllah.


Ayuh sahabat, kita realisasikan impian bersama!!!


Wadah kita, milik kita, amanah kita bersama....

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE