Menelaah Dari Alam

Hari ini 27/7/2010, Selasa

Berada di USIM. Alhamdulillah, syukur di atas rezeki dan nikmatmu mendengarkan mutiara iman. Kedengaran sebuah cerita :

Seorang ibu yang amat prihatin dan kasihkan anak perempuannya yang bakal berkahwin. Si ibu sempat berpesan :

"Ina, dalam meniti usia perkahwinan nanti, Ina cuba jangan zahirkan perasaan marah Na di hadapan suami. Kalau Ina rasa nak marah juga, Ina kaitlah anak patung." pesan si ibu.

Reaksi si anak; "Baiklah ibu".

Akhirnya pasangan anak si ibu tadi telah selamat diijabkabulkan dan hiduplah mereka dengan limpahan rahmat dan nikmat Allah. Si anak menjadi isteri yang sangat taat kepada suaminya. Itulah kerukunan dalam sebuah mahligai kasih di dunia.

Ditakdirkan, si anak perempuan tadi Allah menjemputnya ketika umurnya 40 tahun. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Ina sempat memberitahu suami agar melihat peninggalannya di dalam sebuah kotak yang disimpannya di dalam kamar mereka, yang mana selama ini sang suami tidak pernah mengetahui adanya kotak tesebut.

Suami meredhai pemergian isteri tercinta kerana baginya, Ina lah isterinya yang paling terbaik yang menemani perjalanan hidupnya hingga ke saat itu. Kalaulah kalau, dialah yang menghakimi isterinya, syurgalah tempat terbaik untuk isterinya itu. InsyaAllah.

Seusai pulang ke rumah dari tanah perkuburan, suami terus menuju ke kamarnya, mencari kotak yang dimaksudkan arwah isterinya. Di dapati, hanya ada 2 anak patung yang dikait. Selebihnya adalah kepingan duit yang sangat banyak. Sedangkan isterinya itu, tidak bekerja, hanya suri rumah sepenuh masa.

Sekeping nota dibaca dengan sayu, "Abang, ini adalah duit hasil Ina jual anak-anak patung yang Ina kait sepanjang tempoh kita membina ikatan perkahwinan kita.

Suaminya sedar, dengan banyaknya duit yang terkumpul di dalam kotak itu, sebanyak itu jugalah Ina pernah marah kepadanya. Namun, Ina tidak pernah menzahirkan kemarahannya kepadanya, apatah lagi bermasam muka, menghentak kaki, melaga-lagakan pinggan mangkuk dan sebagainya. Sungguh!!! Ina tidak pernah menzahirkan semua itu di hadapannya. Ina akan berbincang dengan baik dan bersopan, apabila dia hendak menegurnya (suami).

Kesimpulan dari cerita tersebut, dalam ikatan perkahwinan, tidak ada lidah yang tidak tergigit. Pasti akan ada senario yang sedemikian. Apabila usia perkahwinan menginjak ke angka 5 ke 7 tahun, pastinya senario perkahwinan tersebut akan diwarnai dengan palbagai warna dan rasa.

Perasaan marah adalah sesuatu yang normal. Cuma bagaimanakah seseorang itu mengendalikan kemarahannya terhadap pasangan itu adalah sebagai penanda aras kebijaksanaan seseorang dalam mengawal emosinya.

Alam perkahwinan itu sangat indah!!! Jadikan saat-saat dan hari-hari ketika usia perkahwinan di angka 5 tahun ini, sepertimana anda mula mengenali pasangan anda selepas diijabkabul. Jangan kalah dengan permainan emosi yang semakin sensitif relatif dengan pertambahan umur seseorang. Cari, bina, gali setiap keindahan yang Allah bentangkan di dalam alam perkahwinan.


Barakallahu lakuma wabarak 'alaikuma wajama'a bainakuma fikhoir...(inilah lagu yang sangat digemari Aliyah, Muaz& Aisyah)

21 Julai 2010, Rabu

Berada di UPSI.

Alhamdulillah, Allah Maha mengatur. Seharian berada di sana, seawal 7 pagi keluar dari rumah, menghantar anak-anak, sehinggalah 9.30 malam baru pulang menjemput mereka di rumah Wan.

Allah menemukan kami dengan sahabat sekampus, Siti Zaharah Tumiran dengan suami dan anaknya, Ahmad Uzair yang baru sahaja baik demam. Semoga sihat dan diberikan kebahagiaan sehingga ke syurga.

Selamat hari lahir Ahmad Uzair yang pertama. Semoga menjadi anak yang soleh, insyaAllah.

Nak tangkap gambar, bateri kamera pulak habis. Zah baru sahaja berpindah ke Tanjung Malim rupanya. Alhamdulillah, ada rezeki nak bertemu, walaupun secara tiba-tiba, tanpa dirancang.

Dalam perjalanan pulang, berehat dan solat maghrib di Restoran Jejantas Sg. Buloh. sambil berjalan, berjumpa lagi sahabat junior, Aziah dan Muna yang baru pulang dari Kuala Gula, Perak. Kalau mereka tak menyapa si tua ini, maka, insyaAllah, tidak kenallah si tua dan si muda. Alhamdulillah, masih ada yang sudi mengenali si diri ini. Terkejut juga bila tiba-tiba ada yang menyapa, "Assalamualaikum, Kak Ogy...." "Eh, siapa dia ni...?" si lubuk hati berteka-teki. Si mulut sudahpun beramah mesra, menjawab soalan dan menyoal kembali. Namun si minda ligat mencari nama si tuan punya badan yang disembangnya itu...

Maaflah sangat adik-adik, andai nama kalian tak terluah. Walaupun dah diberitahu suatu masa dulu-dulu, tapi bila mana berjumpanya setahun sekali pun belum tentu....secara tiba-tiba pulak tu....last-last balik rumah, tanya sahabat Ein.....Alhamdulillah. Selesai satu benda yang berlegar-legar mencari nama si adik junior3 tadi....

Allah bentangkan alam ini untuk ditelaah, dicari hikmahnya supaya bertambah amal baik, mengkoreksi amal buruk, hasilan buaian nafsu dan kreatifnya si iblis laknatullah menyesatkan iman manusia!!!

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE