pohonhijau.com

Ukhuwwah Fillah, Mahabbah Lillah

Sungguh!!


Sahabat itu cerminan bagi diri. Terima kasih buat sahabat yang banyak berjasa. Menyayangi diri ini sebagai yang terdekat di hati. Serasa degupan jiwa susahmu, sukarmu, sedihmu, gelakmu, gembiramu....suka dan duka bersamamu.

Engkau juga pembakar semangatku, di kala aku amat memerlukanmu. Ketika memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa dan warna. Warna-warna hari yang mematangkan diri.

Dedikasi ini buat sahabat. Dua hati yang disatukan dengan iman dan cinta. Sebagaimana dua kayu yang disatukan dengan paku, jua dua batu yang disatukan dengan simen. Allah Maha Besar, mendatangkan kasih ini untuk dipinjamkan. Rahmat yang agung walaupun nisbahnya hanya 1 daripada 100. Betapa indahnya baki 99 lagi nikmat di syurga. Sungguh!!

Titipan doa buat sahabat, agar jambatan kasih kita dinilai Allah sebagai wasilah untuk redhaNya. Allah Maha Mengasihani, Allah Maha Memberi, Yakinlah wahai hati.

Ketika aku jauh, wajahmu mendekatkan. Ketika aku lupa, bicaramu mengeratkan. Ketika aku biasa-biasa, memori terhadapmu mendamaikan.

Sahabat, sudilah kiranya, kita sama-sama berazam, kehadiran Ramadhan ini, menjadi "refreshment" untuk lebih mengeratkan lagi temali ikatan cinta dan iman kita kepada Yang Maha Memberi dan Al-Khalik.


0 comments: