Women In Business Seminar

3 Julai 2010


Alhamdulillah, dirafa'kan ke hadrat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, memberikan ruang dan peluang untuk menyertai seminar yang sangat bermanfaat ini. Belajar sesuatu dengan orang yang lebih tahu.


Terima kasih tidak terhingga buat abi dan Aisyah yang turut menyokong sepenuh hati perjuangan ini pada hari ini. Sesungguhnya berniaga itu sunnah Rasulullah, dan berniaga juga adalah kerjaya isteri agung baginda, Saidatina Khadijah r.a. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan mengundang barakah dari Allah, insyaAllah, asalkan niatnya dipandu dengan betul.

Abi dan Aisyah yg mmeberikan full support! Thank you very much. Thanks to Aliyah & Muaz also, mereka berada dengan Achik, Andak, Mak Uda & Chu Chin. Siap makan domino lagi!!!!

Tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan yang turut serta menjayakan misi ini. Berdakwah dalam perniagaan, sesungguhnya kepuasan yang tiada galang gantinya. Memberikan sesuatu yang memberikan manfaat agar kembali menuruti syariatNya. Itulah perjuangan kami dalam Hilyah. Alhamdulillah.

Mula-mula berkenalan dengan Kak Latifah (Founder of Hilyah Islamic Design), sehingga sekarang, beliau seorang yang berprinsip. Teguh berpegang kepada prinsip. Daripada tidak tahu, menganjak kepada tahu dan semakin berilmu. Pencarian dan penerokaan yang sangat berliku, namun di situlah datangnya kemanisan dan kejayaan!!!

Bersama Kak Tini (juga reseller Hilyah yg datang dari Bentong) dan Kak Latifah

Tahniah juga buat sahabat-sahabat yang turut melangkah dan berlari dalam bidang perniagaan ini sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Ibu Azlina, Ummi Rohana, Ummushifa', Pn Yuzaini, Pn Yusmahwati dan lain-lain yang tidak tersenarai di sini. Anda tidak membuat langkah yang silap sebenarnya. Pupuk dan suburkanlah kemahiran dan cita-cita ini demi redha Allah, menjadi usahawan Muslim yang berjaya dan bertaqwa, insyaAllah.

Tiga orang speaker telah berkongsi pengalaman mereka dalam seminar ini :

1. Pn Sharmi Aryanti Shahrani (a Finance graduate from US) pemilik Little Haven Cemara Suria Sdn. Bhd
Beliau telah mempunyai 3 outlet Little Haven (selling children's bedding dan clothings) iaitu di The Curve, SACC Mall and Wholesale and Sewing Studio and has 6 brands under her company. Mula beroperasi tahun 2002.

2. Pn Latifah Hussein (an accounting graduate from Australia) pemilik Hilyah Gifts.
Beliau mempunyai jaringan lebih 400 reseller yang beroperasi di seluruh negara, termasuk UK dan beberapa negara lain. Mula beroperasi pada tahun 2007.

3. En Iswardy Morni (a law graduate from UK)
Telah berkecimpung dalam pelbagai bentuk perniagaan korporat, kesihatan, pendidikan, penerbitan dan pertanian serta penternakan. Baru berumur 33 tahun. Beliau adalah antara panel perunding bagi Hospital Pakar Annur, CUCMS (Kolej Universiti Sains Perubatan Cberjaya) dan lain-lain.

Kejayaan semestinya tidak akan datang bergolek. Ia juga tidak akan datang melayang. Kejayaan itu sifatnya perlu dicari, perlu digali, perlu dieksperimenkan, perlu diuji dan baharulah hasilnya berstatus BERKUALITI. Itulah serba sedikit mengenai falsafah perniagaan. No Stepping Back, insyaAllah!!!


Kak Tini dan Kak Lin (Pengurus Kanan Hilyah)

Memperkemaskan langkah demi sebuah cita-cita murni

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE