Biz Pelajaran Terbaik
Suatu masa dahulu dunia perniagaan adalah satu elemen yang agak asing diterapkan atau diperkatakan oleh ibu bapa kepada anak-anak. Amat jarang ibu atau ayah yang menanamkan sifat dan sikap agar suatu hari nanti..."Man, kamu jadilah tauke Pasaraya Halal".."Siti, kamu jadilah tauke ikan keli yang berjaya".."Timah, kamu belajar pandai-pandai, kemudian teroka dan jadilah tauke taugeh halal untuk kegunaan muslim seMalaysia"... ....."Hakim, besar nanti, kamu jadilah designer tshirt dan jadi supplier tshirt muslimah untuk jadi pakaian kepada remaja sekarang yang pakaiannya yang tak cukup kain...."..."Along, Milo ni buatan Nestle, syarikat Amerika, ko belajao sampai Universiti lepas tu buat kajian macam mana nak hasilkan milo Muslim..." Malahan ibu ayah zaman dahulu lebih menerapkan anak-anaknya agar menjadi "Minah, ko belaja pandai-pandai..jangan jadi macam ayah ni bajak sawah...ko jadilah Pilot bawak kapal terbang...terjamin sikit hidup ...