Posts

Showing posts from March, 2020

"Siapa Aku Di Mata Imamku"

Image
šŸŒ¹Bismillahi wa alhamdulillah, kurafa'kan segala kesyukuran buat Yang Maha Memberi rasa, kasih sayang serta rahmatNya yang tidak pernah bertepi. Sesungguhnya segala yang kita lalui sama-sama hari ini, adalah datang dan berlaku dengan izinNya. Sesungguhnya, setiap kerdipan mata kita adalah dalam percaturanNya jua. Syukur Ya Rahman, Ya Rahim atas nikmatMu yang masih Kau pinjamkan lagi kepada diriku, diri Imamku, jua kerabat keluargaku, sahabat-sahabatku semuanya, alhamdulillah.šŸ¤²šŸ» šŸŒ¹Sesungguhnya diri ini, tidaklah selayaknya menarikan pena untuk membaitkan berbaris nota untuk tatapan sahabat syurga semua. Namun, demi sahabatku Norbayah yang satu itu, kugagahi jua jari-jemariku menarikan keyboard ini, moga ada sedikit manfaat dan kebaikan untuk bekalan kita mendepani detik-detik kehidupan kita seterusnya, insyaAllah. šŸŒ¹Semenjak saya mengenali seorang posmen pencen itu, cara pandang aku lebih bersinergi terhadap imamku. Yalah, ada yang jodoh datang dalam keadaan dirancang [U