Perjuangan Seorang 3
Benarlah segalanya adalah perancangan yang datangnya dari Allah. Segala yang berlaku itu semuanya dari Dia. Tidak perlu dan usah lagi disangkal. Persis dan jitu. Menjadi Hebat Satu Pilihan Bila dibuat penyelidikan, ditanya soalan kepada semua orang di dunia ini,"Adakah kamu mahu menjadi hebat?" Sudah pasti hampir 100 % memberikan jawapan "Ya, saya mahu menjadi hebat!" Menjadi hebat seperti siapa, dan menjadikan item apa yang mahu dihebatkan itu adalah persoalan kedua. Semua mahu menjadi hebat dengan acuan masing-masing. Dengan proses 'menjadi hebat' jalan masing-masing. Seperti mana ingin menjadi dodol yang hebat dan sedap! Lagi lama dikacau, lagi tanak, lagilah sedap. Apatah lagi kalau dodol yang dikacau dengan jerih perih payah mayah itu adalah dodol yang berperisa durian dan sebagainya. Biarpun prosesnya lama, tapi matlamatnya hanya satu! Ingin menjadi dodol yang hebat! Dodol yang sedap! Biarlah Mak Cik Semah asyik ditegur oleh Mak Cik Sarah, mengapa dod...