Posts

Kopi Kapal Api

Image
Entah kenapa hari ni teringin sangat nak minum kopi cap kapal api pulak tu...bila dicium sahaja kopi, aroma kopinya wahhhh sangat harum dan menyegarkan...begitu juga bau gula...sedap betul...pelik kan?...Macam-macam.... Sementara Aliyah dengan Muaz tu tidur, aku pun buat la "mai secawan"...slurrpppp wah...segarnya....sewdap betullll!! Aliyah bangun je, dia terus ke dapur...dia tanya "Ummi masak apa?" "Ayam goreng..." dia pun buka tudung saji, ada tempe goreng...dia pun makan tempe bersama roti...roti inti tempe (ini menu baru la pulak..)....habis tempe dia makan pulak tu...tak sempat Muaz nak rasa...bila ummi tanya sedap ke Kak Long? "Sedap ummi" jawabnya... Terhibur sikit hati ni minum kopi sambil menunggu van Skynet tu....

Skynet..Skynet..

Image
Baru Sabtu lepas lalu kat roundabout 5 cabang tu, tersadai satu van Skynet kat tepi jalan. Cik Amoi kata van tu pancit...oh ya ke?...Dah baiki tak dapat, last-last disadaikannya van putih tu di tepi jalan...kesian.. Rupanya aku pun menjadi mangsa penghantaran Skynet yang bermasalah...tunggu punya tunggu dari semalam tak sampai-sampai tshirtnya....Bila "follow up'' ada masalah dengan serial number..letih betul bab menunggu ni kan?...Kalau tak melibatkan orang lain tak apa, ini melibatkan orang lain Cik Nor, Us Rafi yang nakkan tshirt nak dipakai untuk sukan sekolahnya hujung minggu ni.... Kalau tak ada problem, ok je servis Skynet ni..ni bila ada problem, diuji sikit....hai, boleh tahan juga penangannya... Dua bulan lepas juga begitu, driver Skynet called bagitau delivery lambat sikit sebab lori dia rosak kat Seksyen 15 Bandar Baru Bangi...Hampir-hampir mintak tolong hubby ambikkan barang tu sebab dekat je dengan tempat office dia kerja masa on the way balik office...Akhirn...

Berlindung Di Tabir Polos

Image
Cinta itu buta? Ya, memang ia buta kerana ia adalah makhluk yang sifatnya tidak sempurna..malah cinta itu boleh membutakan dan menulikan apatah lagi membabaskan manusia yang sifatnya alpa dan lupa. Bila membaca tazkirah Ustaz Hasrizal (Abu Saif - Saifulislam.com)  mengenai teori evolusi cinta, benarlah ia bagaikan "pelempang" bagi kaum yang bijak menggunakan kata-kata untuk membenarkan apa yang diperkatakan dan diperlakukannya.Terutama bagi cinta akhi dan ukhti, ana dan anta..yang berselindung di balik kopiah dan jubahnya..Pastinya cinta I dan You, sayang dan darling, saya dan awak kebanyakkannya memang dah tersoreh dan tersuluh..kategori ini adalah monyet yang nyata yang berselindung di balik kelibat manusia di dunia bunganya... Apalah gunanya menuturkan tazkirah dan ayat-ayat Allah, mengajak manusia ke jalan makruf, mempengerusikan mesyuarat tarbiyah dan dakwah andainya pukul 6.30 pagi selepas solat subuh mengalunkan ayat-ayat Allah di corong telefon bersama tunang? Yang k...

Sahabat Yang Dirindui

Image
Siti Zaharah Kasim Pernah menjadi Bendahari HEWI, Sesi 2000/2001, juga bendahari kepada RS. Antara kami adik-beradik, dialah yang paling awal menamatkan zaman bujangnya..November 2003. Ingat lagi, kami berenam naik kereta Iswara Maslina Md Samidi ke Nibong Tebal..Huda, Ein, Anje Ina, pohon hijau, Zalin (duk depan) dan driver Mas. Berhimpitlah 4 orang tu duk kat belakang. Muat tak muat..sumbat ajelah...asalkan sampai...Alhamdulillah, bertolak pukul 10 malam, dan sampai ke rumah Caah pukul 3.00 pagi....Sampai je, terus siapkan hias barang hantaran...Sesat-sesat pun sampai juga anak dara berenam travel pagi-pagi buta...itulah semasa zaman kamikaze, kawasaki, mitsubishi ke...suzuki..apa-apalah...kami amat rapat alhamdulillah semenjak dilahirkan semasa Asasi sehinggalah dah jadik isteri orang dan mak budak... Zalina Mat Zin TKP Lajnah Kebajikan yang amat penyabar dan berdedikasi...Ayong mendapat julukan manja kerana ketinggian melampainya..dan sifat kekakakkannya yang menyerlah. Terakhir se...

Resipi Donut Bulat Semulut..

Image
Resipi ni dapat daripada Kak Ida Zomorni, Desa Saujana...special donut...rasailah perbezaannya berbanding donut biasa...(belum cuba..belum tahu.., jadi kenalah cuba ye..) Bahan-bahan : 1 kg tepung gandum 4 biji kentang (rebus dan sejukkan) 4 sudu besar marjerin 5 sudu besar gula 1 peket mauripan (kalau 1kg tepung banyak sangat untuk 2 orang makan...jadi...gunalah matematik tajuk nisbah...nisbahkan sukatan dan amaun mengikut bahan yang kita perlukan) Cara-cara membuatnya (senang aje) : 1. Kentang yang telah direbus - di blend bersama gula, marjerin, mauripan dan 1 cawan air       dituang ke dalam blender dan blend. 2. Tuang bahan blend tadi ke dalam tepung dan uli..sehingga dough menjadi lembut dan gebu 3. Canai dough dan terap dengan acuan. Acu guna penutup botol lada sulah kat bawah ni... 4. Biar seketika untuk donut comel naik sendiri.. 5.  Goreng ke dalam kuali.... 6.  Angkat dan taburkan gula... 7. Donut sedia dimakan dengan air koko sedap!!!!  Dia dipanggil donut bulat semu...

Senyumlah

Image

Muaz Main Bowling!!

Image
Petang semalam umi dengan Muaz ikut abi main bowling di Power Bowl, Alamanda, Putrajaya. Kak Long Aliyah duduk rumah Wan dengan achiknya, bila diajak dia tak mahu ikut....ok..bye. Abinya yang first time main bowling ni sebab company tempat abi kerja, Zetta Consultant mengadakan perlawanan persahabatan dengan MAMPU. Sambil duduk melihat mereka bermain, sempat umi sembang-sembang dengan geng-geng abi di ofis, Latifa, Nurul, Kak Yus, Munirah (wife kawan abi). Latifa dengan Nurul masih bujang lagi, tak habis-habis suruh doakan dan minta tolong carikan jodoh untuknya....insyaAllah, tak lama lagi sampailah tu jodohnya!!!! Apa yang penting....jangan putus asa berdoa semoga dipertemukan dengan Mr. Right yang Soleh!!! Masa nak balik tu, umi tunggu abi kat luar bangunan sementara abi bayar parking dan ambil kereta. Sambil tunggu tu nak tau umi nampak apa???? Ha..ha..umi nampak banyak sangat tikus sedang berkeliaran melompat-lompat keriangan di bawah lampu spotlight yang menyuluh pokok dan landsk...