Posts

Tahniah Pak Ngah!!

Image
Tahniah Pak Ngah yang telah berjaya di Majlis Konvo di UTM. Kami berbangga denganmu...semoga menjadi hamba Allah yang berjasa dan melabur amalan soleh untuk bekalan di sana nanti.... Terima kasih atas segalanya..kita punya misi yang harus digalas bersama menuju cita-cita untuk kebahagiaan dua insan yang paling disayangi, dua insan yang terbanyak menabur bakti, dua insan yang sangat mengenali kita iaitu mak dan ayah kita...!!!

Tahniah buat CM Azura!!

Image
Ucapan tahniah buat yang mengecapi kemanisan kejayaan. Inilah bayaran untuk setiap payah dan lelah yang dikorbankan dengan penuh kesungguhan dan pengharapan. Walaupun perkenalan hanya apabila bersua sahaja, namun istimewanya ukhuwwah ini di atas jambatan tulus dan ikhlas, yang sama-sama ingin berada di puncak jaya...Begitulah orang-orang yang positif!!! Positif MINDA, positif TINDAKAN dan positif HASIL!!! Itulah antara intipati yang saya dapat ketika majlis berbuka puasa di Hotel Istana Kuala Lumpur, 6 September lalu. Sangat Positif!! Carilah rakan yang positif untuk merangsang anda menjadi positif. Pandang sejauh mungkin, fikir selangkau mungkin, usah biarkan dogma kritis menghantui anda lantas memalingkan anda untuk menggenggam kejayaan itu. Hijrah Menjadi Penawar Sesekali kita perlu berhijrah, hijrah minda, hijrah persekitaran, hijrah rakan taulan, kerana melalui penghijrahan itu memberikan kita satu suasana baru, nafas yang baru, semangat yang baru. Oleh kerana itu Nabi s.a.w diper...

Orang Kaya Bertaqwa

Image
"Apakah yang harus saya lakukan apabila ada pembaca yang berkonvoi menjejaki perjalanan saya dengan basikal dari Tanjung Malim hingga ke Kuala Selangor. Mereka menjejaki tempat dan lokasi yang disebut dalam buku kedua saya "Petunjuk Jalan Kekayaan" . Mereka mahu merasai sendiri apa yang saya rasai ketika menempuh perjalanan tersebut. Kemudian mereka mencari masjid tempat saya bermalam. Mereka ingin bermalam di situ. Untung-untung boleh bermimpi bertemu dengan Haji Shahid. Bahkan ada yang terbang ke Tanah Jawa untuk menjejaki Pak Kiyai. Akhirnya tertipu oleh Sang Calo yang mengaku "Ohhh....saya kenal banget sama Pak Kiyai Muhyidin. Saya sendiri pernah belajar di pesantrennya. Saya bisa menghantar bapak sampai di tempatnya.....asal onkosnya pantes (padan!)". Saya ingin menasihati para pembaca yang budiman agar memperbetulkan persepsi masing-masing tentang erti motivasi saya. Cerita saya adalah sejarah saya. Sama ada ia misteri ataupun mistik ia adalah hak periba...

Pengarah Projek

Image
Sedang Umi memasak dengan khusyuk di dapur, bukan apa, hati lapang meninggalkan si kakak yang sedang beraksi dengan pensel warna dan bukunya bersama si adik Muaz, manakala adik Aisyah sedang tidur di 'baby court'nya. Jadi Umi bolehlah memasak dengan hati yang lapang.... Setelah hampir setengah jam umi di dapur, umi mengintai dalam diam...apakah yang sedang dilakukan oleh Aliyah dan Muaz....Aliyah masih setia dengan pensel warna dan buku-bukunya....tetapi si Muaz tiada bersamanya.....Umi maju lagi setapak demi setapak untuk meninjau Muaz.....rupa-rupanya dia berada di dalam bilik...Nak tahu apa yang sedang dilakukan oleh si teruna Umi dan Abi ni?...Ha..ha..ha...jeng..jeng...jeng.... Mentang-mentanglah bedak kat rumah Umi ni tak pernah beli, semuanya bedak hadiah semasa mereka menjadi 'baby'.....tu yang sodap je si Muaz tu menonggeng dan menyemburkan botol tu...elok-elok 3/4 penuh kini tinggal 1/4 je isinya kandungannya.. Siap tinggalkan footprint lagi...sahih lagi jitu.....

Mana Milik Kita?

Image
Pagi tadi Abi hantar Umi ke UM, sementara menunggu di Trafic Light yang panjang, tiba-tiba melintas mencelah seorang kakak berbaju kurung menunggang motosikal, bertudungkan topi keledar, dan menyarungkan selipar jepun di kakinya. Aduhai....sayang nya...bulan Ramadhan ini dipandang sama dengan bulan-bulan yang lain. Itulah panorama yang seringkali dilihat di bandaraya besar dan sibuk!!!! Sibuk dengan urusan dunia yang tak pernah dan tak akan habis. Kami mengambil pengajaran daripadanya.... Benarlah juga kata-kata Ibrahim bin Adham, antara kata-katanya yang masyhur, jika kamu hendak membuat maksiat, carilah bumi lain selain bumi Allah ini untuk berpijak, carilah udara lain dan bukannya dengan menghirup nafas dari oksigen Allah ini....siapa yang mampu membuatnya? Kita hamba yang paling lemah....dapat hidup pun dengan segalanya barangan pinjaman dari Allah, mata, hidung, telinga, jari, darah...bahkan segalanya. Mana milik kita?? (teringat nasyid peringatan dari Allahyarham Ust Asri Ibrahim...

Dengan IzinNya, Ia Menemukan Kami

Image
Sabtu, 8 Ogos 2009 Tidak pernah terfikir dan terlintas untuk menjalinkan ukhuwwah bermula dari Cyberjaya dan kini ke Tangga Batu, Melaka. Segalanya adalah perancangan Allah, atas kehendak dan ketentuannya. Kami amat-amat bersyukur!! Jam 10 pagi kami berlima memulakan perjalanan, permulaan ke Kota Kemuning (sahabat Hafeez), Subang Bestari dan kemudiannya ke Tangga Batu...jam 6.00 petang kami dijemput sampai ke rumah Kak Sahreah Md. Zin. Alhamdulillah, walaupun perjalanan yang sangat panjang, namun kami puas! Inilah hasilnya perjalanan kami ke sana...seronok melihat aksi dan gelagat mereka. Menyediakan yang tebaik untuk hasil yang terbaik. Terima kasih Kak Sahreah sekeluarga atas layanan yang terbaik...Allah jua yang layak membalasnya!! **Maaf buat Ana andai kehadiran kami membantutkan urusan perpindahan rumah. Maaf juga untuk Ust Jije (Azizan) tak sempat singgah rumah...insyaAllah, ada rezeki lain, sampailah kami ke Masjid Tanah...

Kurang poWer

Entahlah kenapa rasa kurang power ayatnya...agak hilang seri dan maknanya.. Kurang praktis, kurang fokus, kurang berkongsi...segalanya kurang.. Banyakkan memberi, nescaya di situ ada ketenangan, banyakkan berkongsi nescaya di situ ada kelapangan dan pertambahan...demi ilmu walaupun sedikit... Ramadhan Karim, hadirmu kunanti...