Isterimu Ketika Susah dan Senang
Semalam sempat saya berbalas pendapat dengan Mustafa, seorang yang berasal dari Libya, sebuah negara Arab. Rupa-rupanya sudah menjadi budaya masyarakat Arab yang mana, para suami memang tidak akan menemani isterinya yang sedang sakit untuk bersalin di hospital. Mereka menyerahkan sepenuhnya kepada jururawat mahu pun doktor, dan bakal bapa ini hanya akan menunggu sahaja di luar labour room sementara menanti anaknya dilahirkan oleh isterinya. "Sekiranya ibu saya tahu yang saya menemani isteri saya di labour room untuk melahirkan, mesti ibu saya akan membaling batu kepada saya!!" terang Mustafa. "Wow!! Kata saya. Jadi awak memang tak pernah menemani isteri awak ketika dia melahirkan anak-anak awak yang dua orang itu?" tanya saya tanda membangkang. "Ya!!! Malah ia sesuatu yang pelik dan seolah-olah amat memaalukan apabila saya berada sekali di dalam labour room itu. Bukan sebab takut melihat darah atau dikhuatiri pengsan melihat isteri sendiri, tapi entahlah....mem...