Posts

Perjuangan Seorang 3

Image
Benarlah segalanya adalah perancangan yang datangnya dari Allah. Segala yang berlaku itu semuanya dari Dia. Tidak perlu dan usah lagi disangkal. Persis dan jitu. Menjadi Hebat Satu Pilihan Bila dibuat penyelidikan, ditanya soalan kepada semua orang di dunia ini,"Adakah kamu mahu menjadi hebat?" Sudah pasti hampir 100 % memberikan jawapan "Ya, saya mahu menjadi hebat!" Menjadi hebat seperti siapa, dan menjadikan item apa yang mahu dihebatkan itu adalah persoalan kedua. Semua mahu menjadi hebat dengan acuan masing-masing. Dengan proses 'menjadi hebat' jalan masing-masing. Seperti mana ingin menjadi dodol yang hebat dan sedap! Lagi lama dikacau, lagi tanak, lagilah sedap. Apatah lagi kalau dodol yang dikacau dengan jerih perih payah mayah itu adalah dodol yang berperisa durian dan sebagainya. Biarpun prosesnya lama, tapi matlamatnya hanya satu! Ingin menjadi dodol yang hebat! Dodol yang sedap! Biarlah Mak Cik Semah asyik ditegur oleh Mak Cik Sarah, mengapa dod...

Berkelana Di Bumi Tuhan

Image
Aku berkelana di bumi Tuhan Bumi milik Tuhan Isinya juga milik Tuhan Mencari satu jawapan kepada banyak persoalan Persoalan hidup, bekalan hati dan iman Aku berkelana di bumi Tuhan Ke satu arah yang rawak sekali Serawak zarah mengeliling nukleus Semata untuk menjadikannya bebas dan kukuh!! Aku berkelana di bumi Tuhan Mencari dan terus mencari Penemuan kepada satu titik yang bisa memancar Memancar sinar buatku Lantas seisi alam Aku terus berkelana hari ke hari Not-not seakan berterbangan Membayar tambang sebuah perkelanaan Petrol, nasi dan lauknya Hari ke hari Aku berkelana di bumi Tuhan Kerana aku amat yakin di sana Di penghujung jalan nanti Aku bertemu kepada jawapan Sepertimana jawabnya 2 + 2 = 4 Lantas!! Membayar sekaligus tahunku yang berlalu Buat sahabatku yang dikasihi, berkelanalah kita, kerana tujuan kita adalah SATU!! Ukhrawi yang abadi...

Air Mata Tarbiyah

Image
"2, 4, 6, 8, 10" seringgit. "2, 4, 6, 8, 10" dua ringgit. Ligatnya dan penuh berhati-hati jari Anis mengira syiling di kotak syiling di bahagian dashboard kereta, sambil si suami memandu penuh perhatian. Menuju ke sebuah warung untuk pasangan ini mengisi perut yang kian meronta untuk diisi. Lapar. "Allah uji kita sungguhkan, Anis?" balas Faris. "Ujian itu kan tanda Allah sayang...kalau Allah tak bagi ujian sebegini, mungkin kita makin jauh dengan Allah...siapa tahu?" Anis menenangkan perasaan suaminya. Dia tahu Faris sedang merasa serba salah dengan kekangan kewangan yang berlaku dari sehari ke sehari. Sehelai demi sehelai duit tabungan mereka, tabung perniagaan, diambil untuk membeli barang dapur, kalau tidak manakan berasap. Anak-anak lagi, amanah yang perlu dilangsaikan tanggungjawabnya sebagai ayah dan ibu yang menyara hidup mereka. Lantaran Faris tidak menerima gajinya pada bulan lepas, kerana syarikat tempat dia bekerja mengalami sedikit ma...

generasi Dynamic @ 2009

Image
Amanah buat kami warga gD!! Semua ahli di meja empat segi ini adalah ibu-ibu kepada generasi Dyanamic @ 2009!! Tidak pernah merancang, namun semuanya kuasa Yang Maha Esa!! Alhamdulillah.. Special moment! ****************************** JANUARI 1. Luqmanul Hakim Bin Nor Najman (Rohana Mohd Nawi) 5 Januari 2009 2. Aisyah Farhani Binti Muhammad Rizal 21 Januari 2009 3. Aish Aslam Bin Samhudi (Nor Fadzlina Abdullah) 29 Januari 2009 3.25 kg ****************************** MAC Nur Tasneem Munazzah Binti Muhammad Tasmim (Nor Adila Rahmad) 7 Mac 2009 3.70 kg ****************************** APRIL Aisyah Salwa Binti Ahmad Safwan 14 April 2009 3.02 kg ****************************** MEI 1. Muhammad Irfan Hafizi Bin Mohd Hilmi 2 Mei 2009 2. Putri Nurul Munirah Binti Mohd Hafeez 19 Mei 2009 3.23 kg ****************************** JUN Muhammad Azam Bin Muhammad Izwan 10 Jun 2009 ****************************** JULAI 1. Afrah Binti Ahmad Redzuan (Rahimah Ramian) 2 Julai 2009 2.67 kg ____________________...

Menyuburi Ukhuwwah

Image
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Memberi, lagi Maha Penyayang. Kesyukuran hanya dilimpahkan kepadaNya atas limpahan rahmat dan nikmat yang sangat banyak. Alhamdulillah. Sabtu, 19 Dis 2009 Ruang masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke Subang Jaya. Alhamdulillah atas dipermudahkan urusan yang dihajati di sebuah seakan gudang yang dipenuhi rahmat insyaAllah, lantaran sikap dan toleransi yang tidak berbelah bahagi yang diberikan. Kami sangat berpuas hati yang ditunjukkan oleh CEO yang sikapnya merumput, Tahniah buat Kak Latifah..and your dedicated team members!! Jam 1.00 tengah hari kami meninggalkan Subang untuk menuju ke Puchong. Menghadiri kenduri sahabat Abi yang juga adik bongsu Kak Pidah. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati pasangan pengantin walaupun dalam keadaan ibu Kak Rafidah yang sedang diuji, sakit. Semoga Allah melindungi sang Ibu yang sangat banyak berjasa, semoga Allah memberikan kesembuhan, kesabaran dan ket...

Mehnah dan Tribulasi

Image
Kehidupan masa dan zaman ini sangat mudah berhadapan dengan hamparan dan hidangan fitnah akhir zaman, cubaan dan cabaran dari manusia yang menjadi musuh sama ada secara terang mahupun secara muslihat terhadap hambaNya yang mengaku beriman kepada Allah. Anda sebagai seorang ayah, seorang ibu, mahu pun sebagai seorang anak, seorang kakak, abang atau adik, seorang sahabat kepada seseorang yang lain, sebagai seorang pekerja dan majikan, sebagai mad'u dan da'ie, sebagai jiran, sebagai guru, sebagai murid hatta sebagai suami mahu pun isteri. Masing-masing mempunyai cabaran yang tersendiri untuk mengasah tahap kematangan iman dan akal, bagaimana untuk menyaring, mengadaptasi, melawan, bertoleransi dengan segala mehnah yang mendatang. Cabaran Mendidik Anak Ibu mana yang tidak mahu mendidik anak-anaknya dengan buah tangan dan buah fikirnya sendiri. Dunia hari ini dipenuhi dengan manusia yang sangat sibuk. Dunia kini bersifat globalisasi, persaingan antara spesies yang bernama manusia s...