Ukhuwwah Itu Indah
Salam Jumaaat buat semua!!! Semoga setiap jiwa pencinta Rabbi menanamkan azam untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam. Jadikan hari ini hari yang terbaik untuk kita semua melabur ibadah kepada Yang Maha Pengasih dan Penyayang...mulakan hari dengan niat yang baik, insyaAllah keberkatan akan turun mencurah-curah. Jangan lupa panjatkan syukur di atas segala kurniaanNya...nikmat udara, kesihatan, anak-anak, keluarga, rezeki, masa..semua itu tiada nilai yang boleh disetarakan.
Bila dah jumpa blog sahabat-sahabat, membaca kisah hidup sahabat-sahabat yang dahulunya pernah berkongsi suka dan duka, alangkah nikmatnya bila Allah menemukan kembali, biarpun bukan bersua mata dan jasad. Syamilah sahabat sekolej masa asasi di 7th kolej, Yuzaini dan Normi sahabat sebilik semasa di 1st kolej. Kak Bahiyah walaupun tidak pernah tinggal sekolej, namun perkenalan dan pertemuan yang singkat membuahkan akrab dan contoh teladan yang baik, atas senioritinya. Lina juga walaupun pengajiannya padat di Pergigian, namun masa yang diluangkan bersama juga sangat bermakna. Semuanya terlakar kenangan indah semasa hidup bersama dahulu, dan kini masing-masing telah melakar kehidupan sendiri. Masing-masing punya kekuatan dan keistimewaan, itulah namanya hikmah kejadian Tuhan.
Bingkisan ini sebagai buah tangan untuk sahabat yang turut merindui mereka yang telah lama tidak bersua muka dan khabar berita. Bertemu tidak jemu, Berpisah tidak gelisah...Ukhuwwah Fillah Mahabbah Lillah!!
Comments
Minta laluan untuk pembetulan...
1. Nama ayah : Jamhuri
2. Saya bukan doktor gigi daaa...