''Sahaja Aku Mencintaimu''

Kereta kuning itu berhenti di depan kedai aku. Kereta itu dipandu isterinya. Suaminya menguak pintu, lalu keluar perlahan-perlahan dengan tongkat. Aku kenal pasangan itu. Mereka pasangan hebat! Mereka pasangan yang kuat semangatnya! Isteri keduanya ini sanggup membela suaminya yang lumpuh sebahagian badannya, sanggup berjerih demi suami. Ketika isteri pertama membuang suami itu, lantaran lumpuhnya itu!

Allahu akbar..insaf seketika. Pelajaran kehidupan Allah beri, untuk diambil ibrah!

Maafkan aku abang, kerana ketidak sempunaanku menyantunimu. Hati dan darah muda ini, seringkali tewas dengan bisikan nafsu dan makhluk syaiton yang direjam. Kini, setelah 12 tahun, aku bersamamu, kian terasa setiap detik sangat bermakna. 

Ku tenung mulutmu mengunyah, sungguh indah dipandang, duhai suamiku.
Ku lihat matamu berkelip, subhanallah, begitu cantik ciptaan Tuhan kita.
Ku lihat dirimu berjalan, sungguh tertib dan santun langkahmu.

Tidak pernah silap Tuhan aturkan  jodoh kita. Tidak pernah salah Tuhan satukan cinta kita. 

Ampunkan daku, andai aku pernah mengguris hatimu
Maafkan daku, jika aku terkasar kata dan budi
Kerana telah kutemui, intan permata

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Aliyah Husna, 3 tahun...

AURA FCA TO BE