" kreationisme Islam menawan Perancis " - The Washington Post " Sebuah atlas luar biasa telah menawan Switzerland " - Le Matin, Akhbar Harian Belgium " Kementerian Pelajaran Paris panik dan meminta agar buku tersebut tidak diajarkan di bilik darjah " - Die Welt, akhbar harian terbesar Jerman " Ia adalah serangan paling hebat ke atas evolusi dalam tempoh yang sangat lama : demikianlah persepakatan para saintis Eropah yang baru-baru ini menerima naskhah percuma Atlas of Creation " - Majalah Science, Isu 16 Feb 2007. Demikianlah sebahagian respon beberapa media massa Barat terhadap penyebaran buku percuma gergasi yang dinamakan "Atlas of Creation". Buku setebal 770 halaman telah dikirimkan dari Turki ke beratus-ratus sekolah, perpustakaan, institut pengajian tinggi dan orang perseorangan termasuk saintis dan wartawan seluruh Turki, Perancis, Amerika Syarikat, Belgium, Switzerland, Itali, Scandinavia dan Sepanyol. Penyebaran atlas ini m...
Penantian Berakhir 14 April 2009 Setelah penantian dinanti penuh debaran, bermula daripada seminggu sebelum, 6 hari sebelum, 5 hari sebelum dan seterusnya 1 hari sebelum sehinggalah tiba tarikh keramatnya 14 April 2009. Masih belum menemui sebarang tanda dan contraction hanya bersifat “Braxton Hicks”…Akhirnya kami ke hospital dengan berbekalkan contraction yang masih belum “regular”….hanya sikit-sikit dan jarang-jarang…. 14 April 2009, Selasa 8.30 pagi Bersiap-siap mengemaskan barangan keperluan Ummi dan baby di hospital, barang Aliyah, Muaz dan Ummi ketika berpantang di rumah Wan. 10.00 pagi Kami meninggalkan Aliyah dan Muaz di rumah Wan, bersama Achik dan Mak Andak yang kebetulan sedang bercuti panjang. Abi dan Ummi meluncur dengan JCM 4053 menuju ke Dengkil untuk makan tengah hari….abi mengidam sup tulang di sebuah restoran di Dengkil…kami pun makan di sana sementara menunggu check in di An-Nur. Sampai di Restoran Sri Manis, Dengkil, sup tulang rupanya hanya disediakan hari Jumaat s...
3 Julai 2010 Alhamdulillah, dirafa'kan ke hadrat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, memberikan ruang dan peluang untuk menyertai seminar yang sangat bermanfaat ini. Belajar sesuatu dengan orang yang lebih tahu. Terima kasih tidak terhingga buat abi dan Aisyah yang turut menyokong sepenuh hati perjuangan ini pada hari ini. Sesungguhnya berniaga itu sunnah Rasulullah, dan berniaga juga adalah kerjaya isteri agung baginda, Saidatina Khadijah r.a. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan mengundang barakah dari Allah, insyaAllah, asalkan niatnya dipandu dengan betul. Abi dan Aisyah yg mmeberikan full support! Thank you very much. Thanks to Aliyah & Muaz also, mereka berada dengan Achik, Andak, Mak Uda & Chu Chin. Siap makan domino lagi!!!! Tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan yang turut serta menjayakan misi ini. Berdakwah dalam perniagaan, sesungguhnya kepuasan yang tiada galang gantinya. Memberikan sesuatu yang memberikan manfaat agar kembali menuruti syariatN...
Comments