Posts

AURA FCA TO BE

Image
  Belajarlah ucap TERIMA KASIH daripada insan ini,  belajarlah MERENDAH DIRI dalam ketika anda boleh zahirkan egois daripada insan ini,  belajarlah erti hidup ini adalah untuk MEMBERI daripada insan ini juga .... dialah seorang FCA... FCA LEE KIM SOON💓💓💓 TENERABANGI :: 11 Mac 2023 :: #raisifuketenera

Ucapan Terawal dari LHDN !

Image
Bismillahi wa alhamdulilllah..syukur atas nikmat Allah swt  Semakin semangat nak bayar cukai 😍😍😍

"Siapa Aku Di Mata Imamku"

Image
🌹Bismillahi wa alhamdulillah, kurafa'kan segala kesyukuran buat Yang Maha Memberi rasa, kasih sayang serta rahmatNya yang tidak pernah bertepi. Sesungguhnya segala yang kita lalui sama-sama hari ini, adalah datang dan berlaku dengan izinNya. Sesungguhnya, setiap kerdipan mata kita adalah dalam percaturanNya jua. Syukur Ya Rahman, Ya Rahim atas nikmatMu yang masih Kau pinjamkan lagi kepada diriku, diri Imamku, jua kerabat keluargaku, sahabat-sahabatku semuanya, alhamdulillah.🤲🏻 🌹Sesungguhnya diri ini, tidaklah selayaknya menarikan pena untuk membaitkan berbaris nota untuk tatapan sahabat syurga semua. Namun, demi sahabatku Norbayah yang satu itu, kugagahi jua jari-jemariku menarikan keyboard ini, moga ada sedikit manfaat dan kebaikan untuk bekalan kita mendepani detik-detik kehidupan kita seterusnya, insyaAllah. 🌹Semenjak saya mengenali seorang posmen pencen itu, cara pandang aku lebih bersinergi terhadap imamku. Yalah, ada yang jodoh datang dalam keadaan dirancang [U...

Ya, Sungguh! Aku Sangat Merindui Pohonhijauku...

Image
Bismillahi wa alhamdulillah....Syukur ke hadratMu Ya Rahman...atas rahmatMu yang tidak pernah berbatas....atas tautan ukhuwwah tanpa batas. PHND...doakan dunia dan akhirat kami diberkatiNya senantiasa

''Sahaja Aku Mencintaimu''

Kereta kuning itu berhenti di depan kedai aku. Kereta itu dipandu isterinya. Suaminya menguak pintu, lalu keluar perlahan-perlahan dengan tongkat. Aku kenal pasangan itu. Mereka pasangan hebat! Mereka pasangan yang kuat semangatnya! Isteri keduanya ini sanggup membela suaminya yang lumpuh sebahagian badannya, sanggup berjerih demi suami. Ketika isteri pertama membuang suami itu, lantaran lumpuhnya itu! Allahu akbar..insaf seketika. Pelajaran kehidupan Allah beri, untuk diambil ibrah! Maafkan aku abang, kerana ketidak sempunaanku menyantunimu. Hati dan darah muda ini, seringkali tewas dengan bisikan nafsu dan makhluk syaiton yang direjam. Kini, setelah 12 tahun, aku bersamamu, kian terasa setiap detik sangat bermakna.  Ku tenung mulutmu mengunyah, sungguh indah dipandang, duhai suamiku. Ku lihat matamu berkelip, subhanallah, begitu cantik ciptaan Tuhan kita. Ku lihat dirimu berjalan, sungguh tertib dan santun langkahmu. Tidak pernah silap Tuhan aturkan  jodoh...

Saya Rindu pohonhijauku.blogspot!

Image
Bismillahi wa alhamdulillah...  Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya kembali melakar pohonhijauku.blogspot ini. Pastinya terlalu banyak yang ingin dilakarkan di sini, sepanjang aku berehat melakarnya. Ya! Hampir 7 tahun! Allahu akbar..Allah Maha Besar.   Hari ini, dan semalam...banyak yang ingin dikongsikan..hati terlalu mensyukuri...terhadap segala pemberian dariMu duhai Tuhanku...Ya Rabbi..Ya zal Jalali wa al ikram.   Salam kasih sayang, penuh takzim,   Leaders pohonHijau 2017!

PohonHijau Family Care

Image

"Aku Terima Borangnya"

Image
Assalamualaikum w.b.t Saudara ***iii5*** yang dirahmati Allah, Andai itu tindakan nekad saudara, saya raikan (mungkin itu yg terbaik buat masa ni) , cuma saya ingin berpesan, supaya pergilah dengan hati yg lapang, pesanan kepada diri saya sendiri, mahupun diri saudara; jangan sampai kita berlalu dengan menyimpan seribu dendam, sejuta amarah dan jengkel di hati terkecil kita. Maafkanlah semua orang supaya kita luhur dan lurus di jalan yg diredhaiNya. Wassalam... ************************ Begitulah lewat email yang dihantar Asiah pagi itu. Dadanya lapang walaupun sebak mendasari jauh di dasar lubuk hatinya. "Masih belum menjadi lagi kali ini", getusnya sendirian. Ya Allah, pasti ada hikmah di sebalik setiap percaturan hidup setiap hambaMu, bukan? Dia tidak mengenali penghantar email berkenaan, tetapi nalurinya seakan dapat meneka siapa penulisnya. Dengan gaya bahasa yang tersendiri, dengan maksud ayat per ayat yang penuh erti dan simbolik. Biarlah Allah sahaja yang menentuka...

Yang Mahal Itu Satu

Image
Pohonhijau kini terlalu sepi tanpa tuannya. Sibuk kah atau 'apa'kah? Masa itu makhluk. Masa yang telah berlalu, tidak mungkin akan kembali. Benarlah seperti kata Imam Al Ghazali iaitu perkara yang paling jauh ialah masa yang telah pun berlalu. Sudah pasti ia tidak akan kembali. Melihat gambar-gambar ketika zaman uda dan dara, ketika melangkah ke alam penuh barakah alam rumahtangga, zaman memiliki anak pertama dan seterusnya, itu semua masa yang telah pun dilalui. Perginya masa-masa itu bersama seribu satu rasa dan warna. Jika baik permulaannya, insyaAllah akan baik juga lah di pertengahannya. Namun itu semua bukanlah jaminan untuk segalanya berada dalam keadaan yang baik-baik, manis-manis belaka sehingga ke titik yang terakhir. Semoga Allah sentiasa memandu kita dengan taufik dan hidayahNya. Mohon agar Allah tidak sesekali mengkesampingkan diri dan keluarga kita walaupun sekelip mata tanpa inayahNya. Na'uzubillah. Roda & Rona Sentiasa Berputaran Berputarnya roda untuk m...

Menelaah Dari Alam

Image
Hari ini 27/7/2010, Selasa Berada di USIM. Alhamdulillah, syukur di atas rezeki dan nikmatmu mendengarkan mutiara iman. Kedengaran sebuah cerita : Seorang ibu yang amat prihatin dan kasihkan anak perempuannya yang bakal berkahwin. Si ibu sempat berpesan : "Ina, dalam meniti usia perkahwinan nanti, Ina cuba jangan zahirkan perasaan marah Na di hadapan suami. Kalau Ina rasa nak marah juga, Ina kaitlah anak patung." pesan si ibu. Reaksi si anak; "Baiklah ibu". Akhirnya pasangan anak si ibu tadi telah selamat diijabkabulkan dan hiduplah mereka dengan limpahan rahmat dan nikmat Allah. Si anak menjadi isteri yang sangat taat kepada suaminya. Itulah kerukunan dalam sebuah mahligai kasih di dunia. Ditakdirkan, si anak perempuan tadi Allah menjemputnya ketika umurnya 40 tahun. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir, Ina sempat memberitahu suami agar melihat peninggalannya di dalam sebuah kotak yang disimpannya di dalam kamar mereka, yang mana selama ini sang suami tida...

Sungguh!!

Image
Sahabat itu cerminan bagi diri. Terima kasih buat sahabat yang banyak berjasa. Menyayangi diri ini sebagai yang terdekat di hati. Serasa degupan jiwa susahmu, sukarmu, sedihmu, gelakmu, gembiramu....suka dan duka bersamamu. Engkau juga pembakar semangatku, di kala aku amat memerlukanmu. Ketika memerlukan seseorang untuk berkongsi rasa dan warna. Warna-warna hari yang mematangkan diri. Dedikasi ini buat sahabat. Dua hati yang disatukan dengan iman dan cinta. Sebagaimana dua kayu yang disatukan dengan paku, jua dua batu yang disatukan dengan simen. Allah Maha Besar, mendatangkan kasih ini untuk dipinjamkan. Rahmat yang agung walaupun nisbahnya hanya 1 daripada 100. Betapa indahnya baki 99 lagi nikmat di syurga. Sungguh!! Titipan doa buat sahabat, agar jambatan kasih kita dinilai Allah sebagai wasilah untuk redhaNya. Allah Maha Mengasihani, Allah Maha Memberi, Yakinlah wahai hati. Ketika aku jauh, wajahmu mendekatkan. Ketika aku lupa, bicaramu mengeratkan. Ketika aku biasa-biasa, memori t...

Women In Business Seminar

Image
3 Julai 2010 Alhamdulillah, dirafa'kan ke hadrat Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, memberikan ruang dan peluang untuk menyertai seminar yang sangat bermanfaat ini. Belajar sesuatu dengan orang yang lebih tahu. Terima kasih tidak terhingga buat abi dan Aisyah yang turut menyokong sepenuh hati perjuangan ini pada hari ini. Sesungguhnya berniaga itu sunnah Rasulullah, dan berniaga juga adalah kerjaya isteri agung baginda, Saidatina Khadijah r.a. Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan mengundang barakah dari Allah, insyaAllah, asalkan niatnya dipandu dengan betul. Abi dan Aisyah yg mmeberikan full support! Thank you very much. Thanks to Aliyah & Muaz also, mereka berada dengan Achik, Andak, Mak Uda & Chu Chin. Siap makan domino lagi!!!! Tahniah buat sahabat-sahabat seperjuangan yang turut serta menjayakan misi ini. Berdakwah dalam perniagaan, sesungguhnya kepuasan yang tiada galang gantinya. Memberikan sesuatu yang memberikan manfaat agar kembali menuruti syariatN...

Mei Oh Mei...

Image
Terlalu lama rasanya membiarkan blog ini tanpa hijau yang menyegarkan. Runtunan tugasan dan guna ruang fikiran yang agak ketat, walaupun agak terpaksa membiarkan pohonhijauku kesepian tanpa bicara. Mei ini terlalu banyak 'event' yang dilalui. Alhamdulillah, hanya kesyukuran bagi Allah yang Maha Memberi. Memberi pelbagai rasa sebagai tarbiyyah untuk hambaNya. Bermula dengan ulangtahun anakanda Aisyah Salwa yang pertama pada 14 April 2010, ulangtahun perkahwinan Safwan dan Yuzi yang masuk tahun yang ke 5, pada 24 April 2010, insyaAllah. (Kami menyambutnya di sebuah masjid di Kg Gesir, Hulu Selangor - sempena PRK Parlimen Hulu Selangor....)Terima kasih atas anugerah ini Ya Tuhan!!, ulang tahun buat diri sendiri yang masih banyak kekurangan, walaupun usia sudah semakin bertambah angkanya....Ya Allah, ampuni daku.... Jerantut oh Jerantut....redhalah hati akan ketentuanNya....Hikmah yang sangat besar menanti di hadapan. Anak-Anak Ummi & Abi "Ummi, nanti tak dapat pahala.....

Aktiviti Aisyah & Kakak Sepengajiannya

Image
Selepas solat maghrib, inilah aktiviti Aisyah bersama Kakak Aliyah dan kakak-kakak sepengajiannya. Along dah mengaji Al-Quran, yang lain masih mengaji Iqra'. Aisyah menggantikan Umi mengajar Angah. Ssod di atas Sso....Dhod di atas dho.. Oppsss, Angah jangan la baca laju sangat. Ikut Aisyah ni.... Aisyah : Oohhhh, angah tak nak ikut Aisyah baca ye? Cuba buat tangan macam ni...Aisyah nak ketuk lidi ni kat tangan Angah sikit...boleh tak? Angah : Tak mau la Aisyah. Angah nak baca muka surat sebelah ni. Muka surat yang Aisyah suruh baca tu, Angah dah habis baca la.... Aisyah : Umi!! Tengok Angah ni, dia tak nak ikut Aisyah baca la... Angah : Ustazah, macam mana ni? Umi : (Menggaru kepala yang tidak gatal) Aisyah : Hmmmm..macam mana ye....Ha, tak apa la Angah, kita sambung esok je la ye...Sodakallahul'azim. Datang tau esok malam.... Angah : Ok, insyaAllah Ok, jom kita tangkap gambar pulak.... 1...