Atlas Mengancam Eropah
" kreationisme Islam menawan Perancis " - The Washington Post " Sebuah atlas luar biasa telah menawan Switzerland " - Le Matin, Akhbar Harian Belgium " Kementerian Pelajaran Paris panik dan meminta agar buku tersebut tidak diajarkan di bilik darjah " - Die Welt, akhbar harian terbesar Jerman " Ia adalah serangan paling hebat ke atas evolusi dalam tempoh yang sangat lama : demikianlah persepakatan para saintis Eropah yang baru-baru ini menerima naskhah percuma Atlas of Creation " - Majalah Science, Isu 16 Feb 2007. Demikianlah sebahagian respon beberapa media massa Barat terhadap penyebaran buku percuma gergasi yang dinamakan "Atlas of Creation". Buku setebal 770 halaman telah dikirimkan dari Turki ke beratus-ratus sekolah, perpustakaan, institut pengajian tinggi dan orang perseorangan termasuk saintis dan wartawan seluruh Turki, Perancis, Amerika Syarikat, Belgium, Switzerland, Itali, Scandinavia dan Sepanyol. Penyebaran atlas ini m...
Comments