Hai anak....

Mulianya hati si kecil walau dimarahi dek nakalnya, masih boleh menghulurkan senyuman manis sambil melambaikan tangan dalam kereta Achik yang nak ke rumah Wan, penuh tulus. Luhurnya jiwa si kecil walaupun di tepuk / dicubit tanda sayang mendidik, masih mahu bersungguh-sungguh datang apabila diminta mencium si ibu. Tiada langsung sekelumit masam muka, dendam dan makan hati merajuk. Luhur dan tulus, bersih dan suci...jiwa nan murni terpamer di wajah si kecil yang menjadi penyejuk jiwa si umi dan abi.



Menitis air mata si ibu bila si anak kecil pergi mengikut si achik ke rumah wannya...walau pun hanya sebentar...tiada lagi yang mahu menyepahkan barang permainan, tiada lagi yang mahu berebut buku dan warna walaupun telah diperuntukkan seorang satu...tiada lagi sesi kakak jadi cikgu dan adik menjadi murid (main sekolah-sekolah), kakak menjerit memanggil umi apabila adik menarik rambut kakak....(time gaduh la tu)...., soalan si kakak yang bertalu-talu macam lagu bangau oh bangau (lagu yang tiada penghujung)...kepada si umi....... tiada semuanya di hadapan mata umi kalau mereka tiada di rumah.



Sangat ribut dan kalut kalau mereka tak cukup tidur..apatah lagi kalau mereka tak sihat (batuk dan selsema)...hanya sabar dan pertolongan dari Allah menjadi tunjang penerus dalam meniti masa membesar dan mendidik mereka..anak-anak. Ketika rebung inilah semahunya dididik tanpa jemu dan tanpa gagal.




Ibnu Khaldun pernah berkata :

"Sesiapa yang mempunyai guru yang garang, dia akan turut memiliki sikap itu. Guru itu akan menyempitkan ketenangan yang ada di dalam diri murid, mengajar anak jadi pemalas dan mengajarnya berbohong supaya terselamat daripada pukulan guru itu. Guru itu juga mengajar anak jadi penipu, maka sikap itu akan menjadi adat dan akhlak budak itu (darah daging). Maka rosaklah erti kemanusiaan yang ada dalam dirinya"





Asas-Asas Penting Dalam Pendidikan

KASIH SAYANG

Kasih sayang mempunyai kesan yang jelas dalam tarbiah. Tarbiah yang mencapai matlamat yang dikehendaki ialah tarbiah yang berjalan dengan penuh kasih sayang. Anak-anak sukar menerima pendidikan yang berbentuk arahan kecuali si ibu dapat menjalankannya dengan penuh kasih sayang.





Kasih sayang amat penting sehingga mampu membuatkan si ibu bersedia untuk berkorban dalam mentarbiah anak-anaknya dan mampu menjadikan si anak mentaatinya kerana kasih sayang yang diberi.

Namun kasih sayang tidaklah bermakna memberi kebebasan sepenuhnya untuk melakukan apa sahaja. Nabi Muhammad saw juga menyayangi para sahabat dan dalam masa yang sama memberi nasihat, tunjuk ajar dan mengenakan hukuman apabila melanggar suruhan Allah.

Sebuah buku ada menyebut :

"Idea-idea yang agung dimunculkan dengan adanya kasih sayang dan sesiapa yang tidak faham erti kasih sayang tidak boleh menjadi pendidik"

"...kalau engkau bersifat keras dengan mereka, mereka akan lari dari kamu.."
-Surah Ali Imran : ayat 159-


****************************************************



Baca, telusuri dan praktikkanlah intipati buku yang hebat ini....semoga menjadi pedoman dalam mendidik insan penerus mata rantai perjuangan Islam...insyaAllah...

Comments

Popular posts from this blog

Catatan Ketiga Abi dan Ummi

Women In Business Seminar

Aliyah Husna, 3 tahun...