Cabaran Bermula
Abi datang jemput umi balik dari Chini hari Khamis dan semalam Sabtu, alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah Sg. Merab. Kami bertolak dari Chini jam 10.00 pagi. Perjalanan yang sangat panjang dan mencabar. Bayangkan....kami sampai Sg. Merab jam 6.30 petang....8 jam perjalanan...yang biasannya memakan masa hanya sekitar 4 ke 5 jam sahaja...itu setara naik WSA...boleh pecut n "cruise" kalau naik JCM...kesian abi...
Apa tak nya...baru sampai Muadzam, dah ada polis trafik tahan. Kami berada di barisan paling hadapan...ingat ada konvoi polis trafik..rupanya ada 2 team pengayuh basikal nak menyertai piala Tengku Mahkota Pahang..adalah dekat setengah jam duk tercongok tengah jalan tunggu mereka lepas....bila nak mulakan semula perjalanan.....si bobot Muaz pulak mengamuk gara-gara berebut seat yang bukan seat pun....yang berada di tengah antara seat driver n co pilot...dengan bobot Aliyah...Hai pici-pici ni....bila dah ngantuk macam tu la ragamnya...
Macam mana abi nak drive, bila Muaz duduk kat gear...akhirnya abi berhenti tepi jalan yang kebetulan ada gerai jual ikan sungai..ada ikan toman, belida dll....Abi pun memperkenalkan segala macam ikan-ikan tu kat Muaz....bila dah reda, abi pun mulakan perjalanan...nak masuk jalan..punyalah panjang line kereta...he..he..daripada orang pertama beratur ...akhirnya jadi orang terakhir..dalam barisan.
Perut umi dan abi dah mula berkeroncong...kami singgah di masjid Keratong 3...hmmmm memang selesa dan mesra musafir...disediakan tempat berehat...berhenti di situ pun dah hampir sejam...
Perjalanan diteruskan...Muaz dah tersengguk-sengguk kat sebelah umi dan abi..mereka dua-dua sekali duduk di tengah-tengah..adik di depan...kakak di belakang...bila Muaz dah tersengguk-sengguk...dia bersandar kat Aliyah...lama-lama Aliyah pun beralih ke seat belakang..Muaz ni jenis tak mahu dialihkan untuk baring di belakang selagi belum benar-benar lena..rela dia sengguk-sengguk sampai terhantuk pada gear....2 kali percubaan abi untuk alihkan Muaz tidur di belakang...namun akhirnya percubaan yang ke 3 baru berjaya... dia tidur dari Kuala Klawang dan jaga bila sampai Seremban..
Dalam kepala umi ni ligat memikirkan rutin harian yang baru di rumah...walaupun kelibut....tapi pengalaman ini sangat menyeronokkan....menguji bijak dan sabar...
Itulah karenah anak-anak...harta yang dipinjam dan diamanahkan di dunia untuk dihisab di akhirat sana...
Comments
kak long shifa'