My Blog List
-
-
Bank-In CINTA: Esok Masih Ada3 hours ago
-
BERCINTALAH BERKALI-KALI1 day ago
-
-
-
-
-
-
Ikan Masam Manis3 days ago
-
Mengukur II4 days ago
-
Angan-angan4 days ago
-
Open your Eyes with Maher Zain4 days ago
-
-
-
Hari Keluarga JPA2 weeks ago
-
Gambar Camping Kami3 weeks ago
-
cuti oh cuti...4 weeks ago
-
Syukr LilLah4 weeks ago
-
-
Tahniah Atas Kelahiran1 month ago
-
-
DIA LEBIH MAHA MENGETAHUI...2 months ago
SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya kedua-dua sikap ini bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri pada anak. Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif. Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan. Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka. "Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak," jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat. Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka. Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini. Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah. Menghukum dengan pukulan Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun. Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut. Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu. Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka. Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak. Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka. Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah. Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut. "Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya. "Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman. "Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut," ujar Berlin. Sering dipukul akan menjadi pemukul Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan. "Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka," jelas beliau. Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa. "Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada," ujar Gershoff. Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis - HealthDay News.
- Gambar hiasanSumber : Utusan Malaysia, 3 Disember 2009
SECARA umumnya kita mengetahui tentang kelahiran di dalam air menerusi dokumentari yang disiarkan di kaca televisyen. Penulis juga pernah melihat satu dokumentari di mana seorang ibu yang memilih untuk bersalin di dalam air berkongsi pengalaman tersebut bersama sanak saudara dan jiran-jirannya, sungguh mengagumkan. Jika dilihat dari sejarah kelahiran bayi di dalam air ini, ia bermula pada tahun 1960-an apabila seorang penyelidik dari Rusia, Igor Charkovsky melakukan kajian tentang kebaikan kelahiran di dalam air. Pada penghujung tahun tersebut seorang pakar perbidanan dari Perancis, Frederick Leboyer mencuba kaedah kelahiran di dalam air untuk membiasakan bayi yang sebelum ini berada di dalam uri. Seorang lagi pakar perbidanan Perancis, Michel Odent, menambahbaikkan lagi kajian Leboyer dengan menggunakan kolam bersalin sebagai salah satu cara mengurangkan rasa sakit bersalin. Odent juga mencari kebaikan bayi yang dilahirkan di dalam air dan di penghujung tahun 1990, ribuan bakal ibu telah memilih untuk bersalin di Pusat Bersalin Odent di Pithivier dan sejak itu, kaedah bersalin di dalam air mula digemari. Kini, kaedah bersalin di dalam air menjadi satu perkara yang biasa di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ramai yang mempraktikkan kaedah ini mengakui bersalin di dalam air lebih merehatkan dan umpama spa yang memberi kelegaan serta ketenangan fikiran. Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini. "Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini," jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini. "Terdapat dua aspek bersalin di dalam air, pertama sewaktu sakit di dalam air dan bersalin di luar serta kedua, bersalin dan melahir anak di dalam air. Semuanya terpulang kepada ibu. Pihak doktor tidak akan memaksa,'' kata Dr. Kuo Hsiang yang telah mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai doktor pakar perbidanan. Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas. Kondisi seorang ibu pula mestilah sihat, tidak mempunyai penyakit lain seperti tekanan darah tinggi atau kencing manis. "Ibu juga bebas untuk memilih cara paling selesa untuk bersalin dan tubuh mereka berasa ringan kerana apungan air. Jadi mereka boleh bertinggung, melutut semuanya mengikut keselesaan mereka ketika waktu bersalin. Malah, suami juga boleh turut sama berada di dalam kolam untuk memberi sokongan kepada si isteri," jelasnya. Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan. "Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air, tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor," katanya. Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. "Jadi air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam," jelas Dr. Kuo Hsiang lagi. Dr. Kuo Hsiang menambah kelahiran di dalam air sebenarnya hanyalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi. "Kelebihan kelahiran di dalam air hanya memberi ibu rasa relaks terutama apabila berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Falsafah saya apabila seorang ibu mahu bersalin, keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka. "Berdasarkan kajian saya, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung," ujarnya. Sumber : Utusan Malaysia; 10/11/2009















.jpg)
.jpg)
.jpg)