Posts

Showing posts from October, 2009

Lebih Teliti, Lebih Sensitif, Lebih Baik...

Image
Semua makanan adalah harus selagi mana sesuatu makanan itu disahkan haram oleh syarak seperti mana yang diterangkan dalam kalamullah, iaitu Al-Quran. Mutakhir ini semakin rancak industri makanan ini dipelopori oleh individu atau komuniti muslim yang saya kira sudah semakin celik dengan apa yang kita kunyah untuk mengisi perut yang lapar, ataupun apa sahaja makanan yang diberikan kepada anak-anak atau orang-orang yang disayangi. Wajah Di Sebalik Logo Usah mudah sangat diperdaya dengan sesuatu makanan yang apabila diperiksa mengandungi logo HALAL. Asalkan ada logo HALAL, semacam ada lesen untuk kita terus membelinya. Cuba latih diri sendiri, tidak kiralah sama ada anda seorang suami mahu pun isteri, hatta seorang anak, sebelum membeli barangan makanan kegemaran kita, periksa dahulu status HALALnya dengan JAKIM. Sangat mudah, hanya dengan sms, anda akan terus mendapatkan statusnya dari JAKIM dalam masa tidak sampai satu minit (kalau tiada masalah sistem). Bagaimana menghantar SMS Halal M

Teknologi Durian

Image
RAJA buah, durian (Durio zibethinus L ). adalah salah satu buah yang sangat digemari di kalangan rakyat negara ini. Aromanya yang menggoda, menjadikan buah ini menjadi popular dimakan segar. Selain itu, isi durian diproses untuk menghasilkan bermacam-macam jenis makanan seperti dodol wajik, coklat, gula-gula, sos dan bahan perisa. Bagaimanapun, apabila tiba musimnya buah menjadi terlalu banyak dijual di tepi-tepi jalan dan harganya akan merudum. Pada masa sama, industri durian lebih tertumpu kepada penjualan buah mentah dan tidak ada mesin khas atau alat khas untuk pemprosesan secara besar-besaran. Pemprosesan besar-besaran merujuk kepada bagaimana mengasingkan biji durian dengan isinya yang selama ini dilakukan secara manual. Kerja-kerja ini memerlukan tenaga yang ramai dan mengambil masa yang lama dan rumit. Di samping itu, pes durian yang diperoleh cara ini juga kurang bersih dn sudah tentu tidak menepati piawaian kebersihan makanan yang ditetapkan. Oleh itu, selaku, peneraju dalam

Permata Syurga

Image
Kembalimu puteri comel kepada Al-Khalik, menitipkan sejuta satu pengajaran, sentuhan perasaan, linangan tangisan sendu dan sayu tatkala mengenangkan ujian yang menduga si kecil. Siratan cekal dan tabah jiwanya menempuhi saringan Allah itu sangat mengetuk pintu-pintu hati kami yang selalu alpa dan lupa. Kau harunginya tanpa rasa mengeluh dan mencemuh, apatah lagi mengaduh, lantaran ujian Tuhan yang dipikulmu. Sesungguhnya, ujian ke atasmu itu, sudah pastinya akan meningkatkan darjat keimanan dan taqwa umi abimu di sisi Tuhan kita, Allahu Rabbi, insyaAllah. Nur Fatimah Binti Khadijah / Muhammad Ramadhan Fitri 4 Julai 2009 - 22 Oktober 2009 6.20 pg, Hospital Putrajaya Khamis, 3 Zulkaedah 1430H. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Gambar ketika majlis aqiqah Allahyarhamah Nur Fatimah. Dari Dia kita datang, kepada Dia jualah kita kan kembali. Nikmat sayang dan kasih yang telah dipinjamkan Tuhan, untuk seketika..menjadi pengajaran buat yang masih alpa dengan keasyikan dunia, dengan sebentarnya

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Image
Salam kebahagiaan untuk semua...semoga Allah melimpahi hidup kita dengan rahmat, barakah dan inayah sehingga pengakhiran hidup kita..satu matlamat yang pasti, syurga Allah, dan seterusnya melihat wajah Allah di sana kelak, insyaAllah. Apa yang ditindakkan hari ini, ku mohon agar Allah senantiasa memberikan petunjukNya, apa yang dirancangkan untuk hari esok nan mendatang, jua kupohonkan agar senantiasa berada di bawah naungan petunjukNya. Salam @ Mini gD Baru-baru ini sempat juga kami berziarah memenuhi jemputan ke rumah Kak Hasni dan Sahudin di Sentul. Alhamdulillah, nasi Kurzi istimewa hidangan dari Johor. Walaupun kami sampai agak lewat, namun sangat bermakna kerana sempat dan dapat bersua muka dengan Awe, Us Firdaus dan Uwais, Shahrul, Rohana dan Mukmin yang semakin meng'hero', dan Mujahid yang sudah bersedia menjadi abang ;) (lagaknya ketika bermain dengan Aisyah Salwa). Hari yang sama juga jemputan daripada Kak Rohana Mohd Nawi/ Us Najman di Sg. Buloh. Maaf sangat tak kesa

Detik Baru Bermula

Image
Langkah yang keempat, pastinya bermula dengan langkah yang bernombor satu atau pertama. Itu adalah pasti. Setiap inci detik ini sangat bermakna. Memaknakan detik untuk dijadikan wadah stimulasi perencanaan akal dan minda. Di sini kita bermula, di sini kita mengorak langkah. Ayuh, sama-sama kita bangun menjadi hambaNya yang sabar menjana SYUKUR & TAQWA, isteri yang sabar mendidik IMAN, ibu yang sabar menggalas AMANAH anak-anak, anak yang yang sabar menyantuni kedua ibu ayahnya, kedua ibu ayah suaminya, kakak yang sabar mengingatkan masa depan adik-adiknya agar sentiasa berada di landasan, jiran yang sabar mengasihi jirannya, seseorang insan yang sabar merendahkan diri di khalayak masyarakatnya. Kupohon doa darimu sahabat, agar setiap langkah ini mendapat barakah dariNya. Kerana dirimu sahabat, antara orang-orang yang paling dekat dan antara orang yang dikasihi di hati ini..... Buat Adik Yusry Yusopp, semoga cita-citamu tercapai dengan sangat cemerlang. Kita punyai misi dan visi untu

Suarakanlah Katamu

Image
Terlalu banyak ingin dikongsikan, namun masa terlalu amat mencemburui. Itulah petanda jelas kiamat semakin hampir. Petang semalam, semasa balik dengan abi, hujan baru nak turun rintik-rintik. Ketika kami memasuki simpang, kelihatan, sebuah motosikal yang dinaiki seorang anak sekitar umur 3 tahun,kanak-kanak perempuan berbaju merah, duduk paling hadapan, kemudian si ayah, kemudian siibu yang meriba juga si anak kecilnya sekitar umur belum pun setahun! Siibu menenangkan bayinya yang mula merengek-rengek kerana dibasahi hujan yang baru rintik itu. Pasangan itu berbangsa India. Mereka menunggu untuk diberikan laluan untuk melintasi simpang tersebut. Sangat meruntun jiwa. Apalah sangat menaiki NAK 8583 yang berkapasiti besar, walaupun kami menggunakan khidmatnya yang cuma berdua ini ke sana dan ke mari sejak seminggu dua ini, yang tiada air-cond, itu sudah cukup sangat selesa kerana sepanjang perjalanan kami mampu berteduh daripada panas dan hujan. Ini tarbiyyah jiwaku, ini tarbiyyah anak-a