Posts

Showing posts from June, 2009

Tuai Apa Yang Disemai

Image
Tatkala semuanya tidur, menerjah satu-persatu kemarahan yang dipaksa. Buat apa mahu melenting, sedangkan mereka masih kecil. Hati kecil aku menjawab, "Aku mahu mendidik mereka untuk menjadi manusia yang mendengar kata dan manusia yang sukakan kekemasan dan kebersihan." Bila dari kecil dah biasa, jadilah ia seperti rutin dalam proses tumbesarannya.

Medium Positif dan Negatif
Apabila diperhatikan, menyuruh dengan nada perintah memang tidak meninggalkan kesan positif. Malah merundung jengkel terhadap jiwa sang anak. Anak-anak kini bukan lagi bodoh. Meskipun seawal usia setahun jagung. Dengan kecanggihan media, bahan tontonan, bahan bacaan, ubat-ubatan dan bahan suplementary serta bahan makanan menyebabkan mereka sudah mula memaksimakan penggunakan hemisfera kanan dan kiri otak mereka. Neuron dan dendrit bersambung secara maksima dan ketika inilah segala input yang diperolehi dirakam dengan amat baik.
Menyuruh dengan nada berkasih sayang dan lembut, menatijahkan kesan yang amat p…

Percutian ke Cameron - 8 & 9 Jun 2009

Image
Aliyah mewakili abi, ummi, Muaz & Adik Aisyah mengikut rombongan sambil belajar ke Cameron Highland bersama Atuk, Wan, Mak Ngah, Kak Sumi, Jiha, Mak cik2 dan Pak cik2 Aliyah. Seronok tu seronok la juga..walaupun masa nak sampai tu Aliyah muntah...
Banyak juga tempat menarik yg Aliyah pergi....nanti satu hari Aliyah nak ajak Abi ngan Ummi gi honeymoon kat Cameron la......Dulu Abi ngan Ummi gi cameron naik bas sekolah ramai-ramai...masa tu Abi ngan Ummi macam tak berapa kenal-kenal lagi...ha..ha...

Muaz kena reject (tinggal) setelah gagal meyakinkan panel hakim agar tidak nangis ketika di Cameron....Hakimnya atuk ngan Wan...hari tu Muaz cembeng2...nak tumbuh gigi agaknye....

Ini kat lobi hotel Parkland...penatla...baru sampai....

Atam suruh Aliyah ngan Sumaiyah cari kayu api......huh penatnye.... tu dia yang kat belakang tu...malam ni boleh buat unggun api...
Yang pimpin Aliyah tu Andak, yg pimpin Sumaiyah tu Achik...aduh...penatnye jalan....

"Ok, Aliyah dah sedia nak petik daun teh..…

gD.org2u I, Mengujakan

Image
Tahniah sahabat gD.org yang menjayakan program sulung gD.org2u I yang diadakan di Kg. Cherakah Jaya, Meru pada 30 Mei 2009 yang lepas. Walaupun keterlibatan ahli tidak sampai 20 orang, namun dengan kemantapan warga yang terpilih untuk hadir itu sudah cukup mengujakan saya sekeluarga terutamanya sebagai sebahagian ahli gD.org sejak sekian lama...menghampiri tahun yang kesepuluh usia kita...alhamdulillah. Cemburu betul kami tak dapat pergi...cemburu tandanya sayang bukan??.....Moga ukhuwwah ini terus dan kian mekar dengan adanya program seperti gD.org2u ini. Kepada siapa lagi kita harus berbakti kalau bukan di lapangan sebenar...masyarakat. Di situlah dakwah kita, kita wajib merebut peluang ini....semaksima mungkin, persis dan jitu!

InsyaAllah, Julai nanti gD.org2u II akan diadakan di Sg. Merab, BBB, Sepang, kawasan mana, sama-sama kita nantikan. Nak gotong-royong kat kebun belakang rumah kami pun boleh....dialu-alukan....;)...Besar tapak tangan, nyiru kami tadahkan....Selamat Datang...a…